PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Wednesday, May 28, 2008

Selamat Bercuti

Pertama sekali saya mohon maaf kerana tak hantar 'posts' lebih seminggu kerana gangguan kesihatan lebih dua minggu. Walaupun masih boleh bekerja tetapi tidak boleh memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dengan mendalam. Daripada menaip tanpa perasaan, biarlah tak buat 'posting'.

Kedua, saya nak ucapkan selamat bercuti kepada cikgu2 semua semoga berbahagia selalu. Saya kerja ikut 'time' pejabat, nak wuat guanoo...

Tapi ada juga cikgu2 yang 'tak reti' nak bercuti. Ada kelas tembahanlah, latihan pelajar untuk pertandingan lepas cuti nantilah, ada yang bertukang membaiki perabut, menceriakan lanskap sekolah. Syabas kepada cikgu2 tersebut semoga lebih rasa bahagia kepada cikgu2 begini.

Sekarang ni, budak pra pun ada kelas tambahan. Isyh2 isyhhhhh...... gitulah semangatnya cikgu2 di Bera ni. Semoga betambah meningkat aura keikhlas cikgu dan memberi kesan positf dalam kehidupan cikgu.

Ketiga, saya tak pasti berapa ramai yang boleh akses ke blog ni. Masa mula buat dulu saya guna line internet kat rumah. Bila 'check' kat sekolah rupa-rupanya web blog ni di 'bann' oleh schoolnet. Syok sendirilah nampaknya. Walau bagaimana pun saya akan terus buat 'posting' dari masa ke semasa hingga saya dapat ikhtiarkan satu cara lain.

2 comments:

Anonymous said...

Salam..
Sebut saja Triang, saya terkenang dgn seorang sahabat lama yg terputus hubungan..
Dulu, beliau mengajar di daerah ini.
Saya tak pasti sama ada beliau masih di daerah tuan..
Sahabat yg dimaksudkan- sdra Zaimi Mohd Noor (Reza Aimy MN). Jika tuan kenal dgn beliau, harap dpt nyatakan maklumatnya di sini nanti (dalam ruang komen ini). Saya akan cuba menjenguk sekali sekal. Terima kasih. Wassalam. [drpd Chulan, Selangor]

team_TP said...

oh, dah terlalu lama saya tak buka blog ni. saya akan cuba kesan. nak tahu tahun bila tu..