PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Wednesday, April 30, 2008

Tokoh NILAM Kebangsaan 2008 (Berita Lewat)

Klik tajuk di atas untuk berita penuh


Bangunan Baru PKG Triang





Mesyuarat Pembangunan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan pembinaan bangunan baru PKG Triang, di SK Sri Buntar. Tender projek akan dibuka pada Jun ini. Bersama ini disertakan imej menunjukkan reka bentuk bangunan tersebut? Siap tak tahu bila lagi. Difahamkan mengambil masa 10 - 12 bulan.

Friday, April 25, 2008

Mesyuarat Pengurusan PKG Pahang

Semua staff PKG seluruh Pahang berkumpul di BTPN Pahang mulai 23/04/08 hingga 26/04/08 kerana menghadiri Mesyuarat Pengurusan PKG Pahang. Banyak input yang diperolehi dari mesyuarat tersebut yang perlu disebarluaskan kepada sekolah-sekolah sebagai makluman dan panduan untuk menghadapi perkembangan pendidikan kini. Saya akan maklumkan kepada cikgu-cikgu catatan input tersebut pada ruang waktu yang lain.

Pembinaan bangunan PKG Triang yang baru termasuk dalam RMK-9. Cadangan tapak di SK Sri Buntar. Apakah statusnya sekarang? Saya pun kurang pasti mungkin seminggu dua lagi ada beritanya. Apakah status bangunan PKG Triang sekarang? Berbangunan sementara dan menumpang di SK Durian Tawar.

PKG Triang mempunyai tiga orang staff iaitu saya, Ismail Abu Bakar (Peg. Teknopen), En. Hidzir Mohd. Isa (Peg. Teknopen) dan Pn. Salmiah Arshad (PT).

Jika ada kelapangan saya akan menyampaikan maklumat mengenai PKG sedikit demi sedikit supaya semua cikgu boleh memahami tugas dan peranan PKG serta operasinya dalam pendidikan di Malaysia.

Tuesday, April 22, 2008

Pelajar @ Cikgu Tak Pandai Guna Mikrofon

Maaf semalam 21/4/2008 tidak ada posting kerana semua team PKG betugas di Pusat Ko Pahang Cawangan Bera (Program Perkhemahan Kadet Bomba Daerah Bera - lebih 400 peserta). Hari ini bertugas menyediakan prasarana untuk Seminar Celik Kualiti oleh SIRIM di Dewan Wawasan, SMK Bandar Kerayong.

Apabila selalu terlibat sebagai petugas siaraya, saya melihat ada satu perkara yang patut saya sebutkan pada kali ini, iaitu kemahiran menggunakan mikrofon apabila bercakap dalam perhimpunan, ucapan perasmian, ceramah atau syarahan, hafazan, tilawah, nasyid, coral speaking dan lain-lain aktiviti pelajar. Kebanyakan pelajar, mungkin juga guru masih kurang mahir menggunakan mikrofon. Ada yang terlalu hampir atau terlalu jauh dengan mikrofon menyebabkan suara terlalu kuat atau terlalu perlahan. Lebih malang lagi takut dengan mikrofon. Cikgu mesti memberi kemahiran kepada pelajar menggunakan mikrofon terutama yang melibatkan pertandingan-pertandingan tertentu supaya mereka biasa mengguna dan membetulkan apa-apa yang perlu dengan sendiri tanpa terlalu mengharapkan kru siaraya atau guru pembimbingnya. Dan guru pembimbing mesti tahu asas nak guna mikrofon supaya boleh membantu anak buahnya.

Saya tak bermaksud untuk menerangkan satu persatu di sini. Jika biasakan diri menggunakan mikrofon dan sentiasa peka semasa menggunakanya kita akan dapat kemahiran bagaimana nak melaraskan keperluan kita apabila menggunakan mikrofon dengan sendirinya. Berlatih syarahan atau hafazan dan sebagainya tanpa mikrofon, kemudian semasa pertandingan peserta mesti panik mendengar suaranya sendiri dan tidak dapat mengawal perasaan dan suaranya sudah pasti tidak menepati piawai sepatutnya, lebih buruk lagi hilang tumpuan dan terlupa........

Contoh: Pernah berlaku dalam satu pertandingan nasyid, mereka berlatih tidak pernah mengunakan pembesar suara. Semasa pertandingan masing-masing mahukan seorang satu mikrofon. Apa jadi seterusnya.... Tentu cikgu boleh bayangkan.

Cikgu yang bertanggung jawab juga perlu memberi pertimbangan kepada kemampuan peralatan siaraya yang boleh disediakan. Kemampuan maksimum PKG hanya boleh menyediakan 4 mikrofon sahaja pada satu masa. Sebanyak itu sahaja lubang nak dicucuk mikrofon tersebut, kalau minta lebih apalah daya kami. Faham-faham sahaja lah.. mana ada set PA Sistem di Bera ni boleh cucuk sampai 10 mikrofon sekaligus

Rasanya cukuplah saya melalut kali ini, yang penting cikgu yang berkenaan kena ajar anak buahnya guna mikrofon dan membuat pelarasan sendiri jika berlaku masalah-masalah kecil semasa pertandingan. Orang kata 'pandai ejas sendiri' dan boleh kawal suaranya... Minta bantuan dengan guru siaraya disekolah cikgu.

Sekian, mohon maaf..

Sunday, April 20, 2008

Secebis Pandangan Di Tasek Bera

Pemandangan Tasik Bera di Jeti RAMSAR










Apa khabar cikgu pada hari Ahad ini??

Apa khabar cikgu pada hari Ahad ini? Semoga semuanya baik-baik belaka dan sentiasa bahagia. Mungkin ada kalangan cikgu berehat-rehat di rumah bersama keluarga. Ada yang mengambil masa mencuci kereta, terutamanya yang mengajar di sekolah pendalaman. Ada yang 'balas dendam' tidur sampai tengah hari kot? Tak kisahlah asal bahagia.

Walau bagaimanpun ada cikgu-cikgu kita yang terpaksa bertungkus-lumus memberi komitmen kepada beberapa program walau pada hari cuti begini. Syabas dan tahniah. Ada cikgu kita yang terlibat dengan Kejohanan Ping Pong Peringkat Negeri Pahang di Dewan SJKC Triang 1 (16 - 20 April). Pihak PKG pun hanya diwakili En. Hidir mengendalikan siaraya dibantu oleh guru SJKC Triang 1. Berapa ramai cikgu yang terlibat? Syabas dan tahniah sekali lagi di atas komitmen cikgu-cikgu semua.

Program Perkhemahan Kadet Bomba Daerah Bera (21-24 April) di Pusat Ko Cawangan Bera, SK LKTP Triang 2 (tapi berada di LKTP Triang 1. Awas sesiapa yang kali pertama ke sana, cikgu boleh tersalah ke tempat lain). Ada lagi ke cikgu yang tak pernah ke Pusat Ko? Mereka yang terlibat ada yang telah mula berkhemah di sana sejak hari Sabtu lagi. Berapa ramai cikgu yang mengorbankan masa selesa mereka bersama peserta pelajar dengan komitmen yang tinggi. Biasanya perkhemahan di sini mesti kena hujan punya!! Bayangkan terpaksa berlumpur bersama pelajar-pelajar mereka.

Dan entah berapa banyak lagi program yang meminta komitmen cikgu yang saya sendiri tak dapat nak membilangnya. Sehingga ada Guru Besar tertentu terpaksa tidak membenarkan cikgu sekolahnya keluar kerana tidak cukup cikgu nak kawal kelas di sekolah.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua cikgu yang telah memberi komitmen yang tinggi mejayakan program-program pendidikan di daerah Bera. Semoga keikhlasan dan kesungguhan cikgu-cikgu dapat meningkatkan aura kependidikan dalam diri cikgu sepanjang masa.

Saturday, April 19, 2008

Penilaian Bintang PERPUSPA dan Program NILAM

Setiap tahun Penilaian Bintang PERPUSPA dan Program NILAM dijalankan seluruh negara untuk menentukan pencapaian program PSS dan program NILAM di sekolah cikgu. Instrument yang digunakan telah menjadi biasa kepada Guru Perpustakaan dan Media serta Peyelaras Program NILAM dan ianya boleh digunapakai sebagai "check list" tahun berikutnya. Adakah Guru Perpustakaan dan Media serta Peyelaras Program NILAM telah bersedia untuk penilaian 2008. Biasanya penilaian dilakukan pada bulan Jun/Julai.

Setiap tahun pendedahan Program NILAM ini diberikan melalui taklimat dan bengkel-bengkel yang dijalankan oleh PKG daerah Bera dan PPD Bera kerana setiap tahun juga kebanyakan penyelarasnya berubah. Berdasar borang pelaporan yang dihantar ke PKG dan BTPN Pahang, tahap pencapaian program NILAM daerah Bera masih belum mencapai tahap memuaskan.

Untuk pengetahuan cikgu-cikgu sakalian pada tahun 2008, Anugerah NILAM Peringkat Daerah Bera (Karnival NILAM) atas cadangan Pegawai Pelajaran Daerah Bera sedang dirancang untuk dilaksanakan sempena sambutan Hari Guru peringkat daerah. Diharapkan pihak yang berkenaan dapat membuat persediaan sebaiknya sebelum penilaian sebenar dijalankan oleh jawatankuasa penilai.

Jika terdapat sekolah-sekolah yang memerlukan khidmat bantu/nasihat bolehlah menghubungi pihak PKG Triang (09-2446248, UP. EN. Hidzir) dan PKG Bera (09-2462420, UP. En. Baharin)

******** Ismail - PKG Triang*********

Friday, April 18, 2008

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah

Guru Penyelaras IT seluruh negara diminta mengemaskini
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah Melalui Laman WEB BTP : http://www.moe. edu.my
Link Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah :
https://rnd. moe.edu.my/ statusict/
Tuan juga boleh melihat maklumat dengan cara login ke sekolah ahli menggunakan
id pengguna :kod sekolah (CBA........ ..) huruf besar
katalaluan :kod sekolah (CBA........ ..) huruf besar

Pemantauan online akan dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan dan pihak tertentu yang lain dari masa ke masa. MOHON KERJASAMA TUAN/PUAN DENGAN KADAR SEGERA.

Sebarang Pertanyaan berhubung dengan PKG Triang:
Tel: 2446248; Fax: 2446500; En. Ismail (013-9233811); En. Hidzir (013-9060464)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke Laman Blog Sokongan PKG Triang. Semoga dengan kehadiran tuan/puan memberi semangat kepada kami staf PKG Triang untuk bersama memberi sumbangan untuk kemajuan pendidikan daerah Bera. Diharapkan tuan/puan dapat bersama menyumbang pandangan dan idea yang boleh kita sama-sama laksanakan demi kecemerlangan pendidikan, khasnya di daerah Bera. Terima kasih kerana sudi melawat laman ini.