PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Thursday, October 29, 2009

Mensyuarat JK Majlis Khatam Al-Quran


Mensyuarat Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-sekolah Rendah Daerah Bera Tahun 2009

Tarikh: 05 November 2009
Masa: 02.30 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat 1, PPD Bera


Tarikh Program: 13 November 2009
Masa: 8.00 Hingga 12.00 Tgh
Tempat: Masjid Darul Fikri Kerayong

Kehadiran:
  1. Guru Besar SK Kerayong
  2. Guru Besar Sk LKTP Tementi
  3. Guru Besar Sk Sri Buntar
  4. Guru Besar Sk LKTP Sebertak
  5. Guru Besar Sk LKTP Rentam
  6. Guru Besar SK LKTP Triang 3
  7. Pegawai PKG Triang
  8. Guru Besar SK Durian Tawar
  9. Guru Besar SK Kuala Triang
  10. Guru Besar SK LKTP Bukit Mendi
  11. Guru Besar SK Bukit Kepayang

Kem Membaca 1 Malaysia - SK Kerayong









Calon Tokoh NILAM Pahang (Wakil Daerah Bera 2009)


Assalamualaikum..kami wakil daerah Bera menghantar gambar-gambar kami sepanjang program pemilihan Tokoh Nilam Pahang.
Perjalanan program :

26/10/09 : Perjalanan ke BTPN
: malam - taklimat program

27/10/09 : Temuduga lisan
: malam - Ulasan Buku oleh Tokoh NILAM 2008
(Farah Atiqah Bt. Hj.Asruddin - SMART Kuantan - Ketiga Kebangsaan)

28/10/09 : Lawatan ke Pekan - Tenunan DiRaja,SK Seri Biram,Ikan masin
: Petang - Persembahan Teater Pembaca
: Malam - Ujian bertulis (pelajar)
- Bengkel Rakan Pembaca (GPM)

29/10/09 : Sumbangsaran/Komen panel Hakim/Penilaian
: Resensi Buku Oleh Muhammad Adam Faliq bin Abdul Ghani
(SK Peramu Jaya - Johan Kebangsaan)
: Perasmian/ Penutup oleh Pengarah JPNP

Sekian Terima Kasih.

SMK Seri Bera
Puan Sanariah binti Mat
Nur Hidayah Ashiqin binti Abdullah
Nurzatul Umira Nazirah bt Mohd Noor

SK Kuala Triang
Puan Johana binti Johari
Na'im Farhana binti Abdul Rahim

SK Kemayan
Cik Sharipah Hamidah binti Syed Ibrahim
Muhammad Faiz Huzaimi bin Muhammad Fauzi

SK Kumai
Puan Naimah binti Daud
Aida Izzati binti Md Husim

Minta maaf kerana gambar-gambar lain tak dapat nak upload kerana gambar yang ambil drp fail word jadi tak jelas bila tranfer kat sini - hantar kemudian boleh saya insert semula.

Wednesday, October 28, 2009

Mari Membaca

Speedometer



Nak test kelajuan internet cikgu... sila ke sini http://219.93.175.234/bandwidthspeed.htm

PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA DAERAH BERA



30 Oktober 2009 - Hari kelima (PELANCARAN)

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Daerah Bera dilaksanakan serentak di semua sekolah. Dua buah sekolah dipilih bagi pelancaran khas peringkat daerah iaitu SMK Bandar Kerayong dan SK LKTP Sebertak.

Semua sekolah digalakkan membaca perutusan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Bera. Perutusan tersebut boleh didownload di laman web PPD Bera atau di http://asia.groups.yahoo.com/group/pendidikanbera/files/

Cadangan Aktiviti: (Aturcara mengikut kesesuaian pihak sekolah)
  • Bacaan doa
  • Ucapan pelancaran
  • Gimik pelancaran
  • Persembahan Murid
  • Penyampaian hadiah untuk aktiviti yang telah selesai (jika ada)
Jangan lupa cikgu, ambik gambar untuk buat laporan ke PPD

'BERA TOP FOUR 2009'

Kem Membaca 1 Malaysia Daerah Bera - Hari Keempat


29 Oktober 2009 - Hari keempat



Cadangan Aktiviti:


a. Sekolah Menengah:
  • Membentuk kumpulan choral speaking dengan menggunakan tema yang sesuai; aktiviti boleh diadakan sebagai pertandingan atau persembahan sahaja (Murid Ting. 1- 4)
b. Sekolah Rendah:
  • Murid membaca bahan bacaan yang dibekalkan oleh guru dalam tempoh 9 minit; guru menyediakan soalan kuiz berpandukan bahan bacaan tersebut; selepas 9 minit guru mengumpul bahan bacaan tersebut; guru menyoal murid soalan yang telah disediakan; hadiah diberi kepada murid sebagai galakan (Semua murid)
Jangan lupa cikgu, ambik gambar untuk buat laporan ke PPD

'BERA TOP FOUR 2009'

Kem Membaca 1 Malaysia Daerah Bera - Hari Ketiga


28 Oktober 2009 - Hari ketiga

Cadangan Aktiviti:

a. Sekolah Menengah:
  • Mengadakan pertandingan Pidato, Perbahasan atau Public Speaking. Guru menyediakan tajuk yang berkaitan dengan tema yang sesuai - 1 Malaysia Budaya Membaca (Murid Ting. 1- 3)
b. Sekolah Rendah:
  • Sesi bercerita dan pertandingan mewarna. Tokoh-tokoh yang dipilih akan bercerita berpandukan sebuah buku (Murid Tahap 1)
Jangan lupa cikgu, ambik gambar untuk buat laporan ke PPD

'BERA TOP FOUR 2009'

Kem Membaca 1 Malaysia - SK Durian Tawar

Sekolah lain, kalau nak masuk berita, hantarlah gambar ke PKG Triang




Tuesday, October 27, 2009

Kem Membaca 1 Malaysia Daerah Bera - Hari Kedua

27 Oktober 2009 - Hari kedua

Cadangan Aktiviti:

a. Sekolah Menengah:
  • Bacaan kegemaran saya - guru/jemputan/tokoh membaca murid, membicarakan tentang buku kegemaran masing-masing. Sessi ini bertujuan menarik orang lain supaya minat membaca (Murid Ting. 1- 3)
b. Sekolah Rendah:
  • Klinik Membaca - Aktiviti menampilkan penceramah menyampaikan topik-topik berkaitan pembacaan. Contohnya, Teknik Membaca, Pembacaan Berkesan dlln. (Murid Tahap 2)
Jangan lupa cikgu, ambik gambar untuk buat report ke PPD

'BERA TOP FOUR 2009'

Monday, October 26, 2009

Penilaian Anugerah NILAM Negeri Pahang

Alhamdulillah pada tahun ini Daerah Bera diwakili oleh 5 orang pelajar bagi menghadiri penilaian NILAM peringkat negeri Pahang yang diadakan mulai hari ini 26.10.2009 hingga 29.10.2009.

Pelajar tersebut iaitu 3 orang mewakili Sekolah Rendah Luar Bandar - SK LKTP Kumai, SK Kuala Triang dan SK Kemayan (gambar dan nama akan dimaklumkan kemudian)

Dua orang pelajar mewakili Sekolah Menengah Luar Bandar - SMK Seri Bera. Harap maklum daerah Bera tidak ada kategori bandar - semua luar bandar. Jangan kecil hati pulak he he heh...

Sama-samalah kita doakan semoga ada yang berjaya melonjakkan nama daerah Bera. Untuk makluman, PKG telah menghantar semua nama yang layak dapat anugerah NILAM ke BTPN Pahang dan 5 orang pelajar tersebut termasuk dalam senarai pendek untuk penilai selanjutnya.

"BERA TOP FOUR"

Kem Membaca 1 Malaysia Daerah Bera - Hari Pertama

26 Oktober 2009 - Hari pertama

Cadangan Aktiviti:

a. Membaca 10 minit (Sasaran - semua murid)
  • Murid dan Guru berkumpul di tapak perhimpunan (sebelum masuk kelas) dan membaca buku yang dibekalkan oleh sekolah atau buku masing-masing
  • Aktiviti ini dicadangkan setiap hari sepanjang tempoh Kem Membaca 1 Malaysia
b. Projek Kitar Semula - Sayangi Bumi Kita (Model) (Sasaran - murid tahap 2/ Ting 3)
  • Murid dikehendaki membina model dalam masa seminggu menggunakan barangan terbuang (dalam kumpulan 4 atau 5 orang).
  • Hasil kerja dinilai dan dipamerkan di PSS, hadiah diberikan kepada pemenang

Wednesday, October 21, 2009

Tuesday, October 20, 2009

Guna minyak masak sebagai minyak pelincir


PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Baca lagi: http://cikgumalaysia.blogspot.com/

Berita Sekolah Daerah Bera

Jika ada sebarang berita dari sekolah cikgu, sila email ke PKG Triang bahan berita dengan gambarnya sekali. Saya akan postkan ke blog ini.... untuk tatapan seluruh dunia.. he he heh

Monday, October 19, 2009

Sumber Rujukan Pengurusan PSS dan NILAM


Cikgu boleh klik kat sini, mudah-mudahan ada manfaatnya: http://pusatsumbersmkpulaugaya.wordpress.com/

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Daerah Bera


Majlis tersebut akan di adakan pada 4 Nov 2009, di Dewan PPD Bera, mula jam 2.00 ptg. Majlis akan dirasmikan oleh YH Dato' Pengarah JPN Pahang.Pakai Batik Malaysia, jumlah penerima anugerah 130 orang. Cikgu yang bertuah ini, digalakkan hadir tepat masa mengikut aturcara seperti surat jemputan, supaya tidak tergangu acara kerana masa terhad.

Parking - cadangan awal di padang SK Kerayong.

Tahniah kepada cikgu-cikgu yang menerima anugerah.