PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Monday, April 18, 2011

[PENTING] Blog Yang Tidak Menggunakan Akaun Google Akan Dihapuskan! Apa yang Perlu Anda Buat?

Blogger.com merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google. Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma tersebut, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun 2011 nanti. Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun lama tersebut.

Bagi pengguna blogger/blogspot yang menggunakan akaun selain akaun Google untuk log-in ke blog, wajib menukarnya dengan kadar segera bagi mengelakkan blog anda dihapuskan.

Contoh : pakpandir@yahoo.com ditukarkan ke pakpandir@gmail.com!

Bagaimana nak tukar email login ke blog? Ikuti langkah-langkah di bawah!
1. Create akaun gmail

Mula-mula, create akaun gmail dulu. Kalau dah ada, ikuti langkah seterusnya.

2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.

3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula ( yahoo )

5. Pergi kat Settings > Permissions >ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.

Kalau ada 3-4 blog lain, ulanglah langkah di atas sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.

** untuk maklumat lanjut, klik : buzz.blogger.com , kujie.com , dan solihinzubir.com

Wednesday, January 5, 2011

Download Bahan Berkaitan PSS

Kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) - kalau berminat untuk mendapatkan bahan rujukan sila download bahan tersebut di sini (Ehsan Pusat Kegiatan Guru Daerah Johor Bahru)

Tuesday, April 27, 2010

Kebakaran Server Makmal Komputer SMK Seri Bera











Kejadian berlaku antara petang Jumaat hingga 7.30 pagi Isnin (26 April 2010), hanya disedari oleh Guru Penyelaras Bestari apabila hendak membuka makamal komputer jam 7.40 pagi.

Hanya melibatkan rak server (server, monitor, modem, hub suis, patch panel), tetapi jelaga yang sangat banyak memenuhi bilik dan meliputi keseluruhan komputer (dengan kecemaran yang amat teruk)....

Kes masih dalam siasatan Unit Forensik, Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mengikut makluman En. Mohamad Nordin (Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Pahang), pihak sekolah perlu membuat laporan dan permohonan gantian alatan yang rosak kepada JPN Pahang dan salinan kepada PPD Bera, BTPN Pahang dan PKG Triang. Gantian alatan dibuat melalui permohonan kepada JPN Pahang, manakala BTPN Pahang hanya boleh membuat penyelenggaraan jika perlu.

Friday, March 5, 2010

Penarafan PSS bagi tahun 2010 (iQ-PSS)

Makluman untuk semua GPM

Penarafan PSS bagi tahun 2010 boleh dilaksanakan secara online berkuatkuasa mulai 09-FEB-2010.

Tanggungjawab GPM:
  1. Kemaskini profil sekolah/PSS sekiranya terdapat perubahan
  2. Isi borang iQ-PSS 2010 secara online dengan lengkap.
  3. Masukkan catatan anda sebagai GPM.
  4. Cetak iQ-PSS dan majukan borang iQ-PSS tersebut kepada pengetua/guru besar anda untuk pengesahan di atas borang sebagai tanda pengetua/guru besar anda bersetuju dengan penilaian yang anda telah buat secara online.
  5. Kemaskini iQ-PSS 2010 anda secara online dengan menandakan ruangan pengesahan pengetua/guru besar.
  6. Setelah berpuashati, majukan iQ-PSS 2010 sekolah anda secara online kepada PTP PKG anda

Sila layari laman web berkenaan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jika sekiranya ada sebarang masalah sila hubungi PKG kelompk cikgu....

Terima kasih PKG Daerah Johor Bharu

Thursday, February 4, 2010

Ketam: Yang mana jantan yang mana betina?

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com
20 Safar 1431H
Email : Ummu Waheedah

Biasanya jika membeli ketam, saya akan pastikan beberapa perkara. Antaranya kualiti ketam. Sebab saya sudah terkena. Beli ketam sikit punya mahal RM18-RMM22 sekilo, balik rumah ketam busuk dan lopong isinya. Dulu-dulu ingat kalau beli ketam yg agak ringan dapat banyak ketam sekilo. Rupanya ketam ringan ni lopong tak ada isi.


Minggu lepas saya dan jiran sekali lagi ke Santuary resort, hajat nak beli ikan segar yg baru dibawa oleh nelayan dari laut. Kali ini kebanyakkan nelayan tidak ke laut kerana cuaca buruk. Ada dua tiga orang sahaja yg pergi menangkap udang. Walaubagaimana pun dalam perjalanan pulang , sekitar Balok ada dijual ikan , sotong dan ketam segar . Hari tu harga ketam ialah RM20 sekilo. Ketam ni nampaknya padat dan berat. Pasti sedap ni. Jadi kami singgah membeli.

Sambil memilih ketam saya menyoal penjual " Dik, ketam ni macam mana nak tahu ketam jantan ke betina? . "haa senang je kak, yg ada telur tu betina. Lalu Penjual pun menunjukkan ketam yg ada selonggok telur warna oren diluarnya . Oh begitu rupanya. menurut penjual ni, ketam betina lebih sedap dari ketam jantan. Jadi saya beli 3 ekor ketam betina, 2 ekor ketam jantan . 5 ekor sudah sekilo setengah. Jiran saya pula beli semua ketam jantan..sebab telur tu cuma menambah berat katanya. ha ha terpulanglah.

Ketam ni makanan laut kegemaran kami seisi keluarga. Boleh digoreng kunyit, masak pedas, gulai lemak , masak kari, ditumis atau dikukus bersama halia. Banyak resipi ketam ni, ikutlah citarasa masing-masing. Bila dah masak , tak lah ketara sangat perbezaan rasa ketam jantan dengan betina. Sama jer. Mungkin penjual tu nak orang beli ketam betina yg lebih berat tu... untunglah mereka. Jadi fikir2kan taktik penjual ni..

Ketam ni ada juga nama2 tertentu. Kata mak saya yg warna merah tu orang panggil ketam nyok (bahasa utara). Ada ketam nipah yg kulitnya berwarna coklat muda kadang kala berbintik hitam sedikit. Ketam nipah biasanya ada terselit diantara ketam2 biasa. Biasa dijual secara longgok. Harga berbeza2 kadang kala selonggok RM10.Ketam nipah mujarap dibuat ubat H1N1 dan denggi. Ketam biru pula tak ada nama khas yg diberikan.

Biasanya sebelum dimasak, ketam ni disiang, buang kulit belakang, buang duri2 kaki dan kakinya diketuk sedikit supaya bila nak makan nanti senang. Leceh siang ketam. Telur ketam bukanlah sedap sangat, malah kalau yg tak biasa makan tu memang akan dibuang sahaja. Jadi kalau nak untung, pilih ketam jantan yg padat. Pastikan pilih yang baunya tak hanyir iaitu jenis ketam hansem pandai jaga bau badan , he he. Macam kerang hansem yg saya ceritakan sebelum ni.. Selamat makan ketam.

CALON ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN 2010

Hari ini PKG Triang menerima salinan surat daripada BTPN Pahang yang ditujukan kepada 4 buah sekolah yang mana pelajarnya terpilih sebgai calon negeri Pahang ke Anugerah NILAM Kebangsaan 2010. Kategori sekolah dan calon adalah seperti berikut:

1. SR Bandar - Muhamad Nasrullah bin Nazaharudin (SK Wan Ibrahim, Lipis)
2. SR Luar Bandar - Na'im Farhana binti Abdul Rahim (SK Kuala Triang, Bera)
3. SM Bandar - Mohd. Zaid bin Mohd. Nor (SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan)
4. SM Luar Bandar - Soh Yu Jun (SMK Alor Akar, Kuantan)

Penilaian dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

a) Pengesanan minat membaca
b) Pengesanan kemahiran membaca
c) Pengesanan kematangan
d) Pengesanan kemahiran menyelesaikan masalah

Calon-calon bagi anugerah ini akan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah kanan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan juga pegawao-pegawai dari Perpustakaan Negara Malaysia.

Aktiviti Yang Boleh Membantu Calon Menghadapi Penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan 2010.

1. Menggalak/membimbing calon melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut semasa perhimpunan pagi untuk meningkatkan pengetahuan, pengukuhan dan keyakinan diri calon seperti berikut:
  • Resensi buku
  • Bercerita
  • Bicara Buku
  • Ulasan Buku
  • Membaca Bersama
  • Bacaan Senyap (semua pelajar terlibat)
  • Membicarakan Isu-Isu Semasa (contoh: 1 Malaysia)
2. Ketua Panatia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjalankan latihan temuduga secara lisan (seminggu sekali) atau ikut kesesuaian sekolah - topik yang disoal adalah bebas bertujuan untuk melatih berkomunikasi calon secara berkesan.

3. Bengkel Persedian Peringkat Sekolah (sekolah perlu melatih calon bagi persediaan awal) antaranya:

a) "Roadshow" antara sekolah yang berdekatan dalam daerah - sekolah diminta membawa pelajar ini ke perhimpunan pagi sekolah yang berhampiran dan melaksanakan aktiviti yang sama

b) GPM dan Guru NILAM perlu membantu dan membimbing calon menydiakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

c) Guru Kaunseling Sekolah memberi motivasi dan suntikan semangat yakin boleh da sebagainya kepada calon

4. Penilaian peringkat kebangsaan dijalankan secara lisan(temuduga) dan bertulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Syabas kepada pelajar dan sekolah berkenaan....

VC : Sempena Majlis Pertukaran En Nosri (PKG Bandar Pusat)

Wednesday, January 27, 2010

Kenapa Kite Dilarang Menggunakan Handphone Ketika Mengisi Minyak?????....

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com
11 Safar 1431H
Emel : Wan Sanusi Wan Ali

Mari kite cuba ramai2..

meh kite tengok ekspiremen sains kat bawah nie...untuk buktikan betapa bahaya nyer isi minyak sambil berbual atau sms pakai handphone....

sebelom tu, kite sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-

1. Kuali sebijik...cari yang leper tu...
2. 3 bijik kad..kad manila pon buleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card...
3. 1 rol kertas foil...kertas timah tu laa....yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa...
4. Handphone sebijik...dan pastikan gak ade kredit...
5. Minyak petrol sikit..kalo xnak beli kat stesen....curik jer kat moto abang, ayah atau adik korang...

susun kad tadi lebeh kurang macam nie...

letak plak kertas foil tu atas kad tadi..

letak petrol ckit...

TIBA-TIBA

api menyala !!!
peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak.....

Tuesday, January 26, 2010

20 sekolah hebat

Sumber: http://www.bharian.com.my
Oleh Johari Ibrahim
Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

SEKOLAH Kebangsaan Bandar Uda 2, Johor Bahru
antara yang terpilih Sekolah Berprestasi Tinggi.
“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:

  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)
Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)
Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)
Sekolah diberi autonomi:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.
Kriteria pemilihan SBT :
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Tuesday, January 19, 2010

Tips Asas Fotografi


Saya bukanlah pakar dalam bidang fotografi. Kalau nak tau tentang fotografi bolehlah tanya ngan Wak Beres (PKG Pelangai) atau Zainorin (PKG Kota Gelanggi). Cuma di sini saya linkkan blog berikut untuk berkongsi ilmu... terutamanya para ft a.k.a jurugambar. Inilah linknya http://noorizamsabran.com/

Blog PKG Jeli, Kelantan


Saya linkkan blog PKG Jeli, Kelantan untuk perhatian cikgu semua. Semoga cikgu mendapat manfaat daripadanya. Terima kasih staf PKG Jeli, semoga semuanya bahagia selalu. Jangan lupa cikgu berikan kredit terima kasih kepada PKG Jeli.

Klik di sini: http://pkgjelikelantan.blogspot.com/

Monday, January 18, 2010

FWD: Laman Web Bahan Bacaan BI Project Child


Salam 1Malaysia

Kehadapan,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah membangunakan sebuah laman web yang beralamat http://projectchild.net

Laman web ini dibina sebagai inisiatif untuk mengadakan sebuah perpustakaan digital dalam talian yang boleh diakses pada bila-bila masa di mana-mana sahaja bagi P&P BI peringkat rendah.

Di dalam laman web ini, terdapat pelbagai cerita BI yang boleh dibaca para murid. Menariknya cerita-cerita ini ialah kerana kelebihan elemen interaktif dengan ilustrasi,animasi dan suara serta muzik.

Tuan/puan silalah melawat laman web ini dan diharapkan tuan/puan dapat menghebahkan kepada sekolah-sekolah dan guru-guru serta para murid tentang laman web ini.

Kita sendiri boleh mendaftar dan mempelajari BI secara mudah melalui Modul yang telah disediakan. Ambillah peluang keemasan ini untuk memperbaiki diri kita.

Sekian, terima kasih dan layarilah laman web ini.

Datin Che Normadiah Hj Che Abbas
Ketua Unit Pengurusan Literasi Maklumat
Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan

SKT 2010 (Cadangan Pemantauan)

Kepada GPM dan GPB. Ini adalah jadual pemantauan PSS dan ICT yang dijalankan serentak ke setiap sekolah pada tahun 2010. Jadual ini hanyalah cadangan, walau bagaimanapun harap dapat jadi kenyataan. PKG Triang akan memaklumkan terlebih dahulu sebelum hadir ke sekolah cikgu. Dengan meletakkannya di blog ini, mudah-mudahan jadi motivasi kepada kami hadir dan memberi khidmat bantu yang terdaya ke sekolah cikgu. Bulan Januari tak dibenarkan 'kacau sekolah'.

Kalau sekolah cikgu memerlukan tindakan segera dari kami, harap maklumkan segera.. terutamanya masalah konfigurasi rangkaian schoolnet. Boleh hubungi melalui telefon, hp, fax, emel, respon post ini, surat dan sebagainya. Klik jadual untuk besarkan grafik.

Tuesday, January 12, 2010

Buku Rekod Bacaan NILAM

Apa khabar GPM sakalian.... semoga semuanya bahagia selalu. Saya menerima banyak pertanyaan mengenai pembelian buku rekod bacaan NILAM di negeri Pahang Darul Makmur.

Untuk pengetahuan JK Program NILAM di sekolah-sekolah, pembelian buku tersebut adalah seperti tahun-tahun yang lepas. Bagi sekolah rendah pembelian melalui Majlis Guru Besar, bagi sekolah menengah melalui PKPSM.

Maklumat GPB


Sekolah yang telah menghantar (tarikh akhir 15.01.2010):

1. SMK Seri Bera - 11.01.2010
2. SK Durian Tawar - 11.01.2010
3. SK Batu Papan - 12.01.2010
4. SJKC Mengkarak - 12.01.2010
5. SJKT Ladang Kemayan - 12.01.2010
6. SK Kerayong Jaya - 12.01.2010
7. SJKC Kemayan - 12.01.2010
8. SK Kemayan - 14.01.2010
9. SK Kerayong - 14.01.2010
10. SK Kuala Triang - 14.01.2010
11. SK Bukit Rok - 14.01.2010
12. SK Iskandar - 14.01.2010
13. SK Bukit Gemuroh - 14.0.2010
14. SJKC Triang 1 - 14.01.2010
15. SJKC Triang 2 - 14.01.2010
16. SJKC Kemasul - 14.01.2010
17. SJKT Ladang Menteri - 14.01.2010
18. SJKT Ladang Karmen - 14.01.2010
19. SJKC Kemasul - 14.01.2010
20. SK Seri Buntar - 14.01.2010
21. SMK Kemayan - 13.01.2010
22. SMK Bandar Kerayong - 14.01.2010
23. SJKC Ladang Menteri - 14.01.2010
24. SJKC Kerayong - 14.01.2010
25. SMK Triang - 15.01.2010
26. SK Bohor Baru - 15.01.2010
27. SMK Mengkarak - 15.01.2010
SYABAS DAN TAHNIAH SEMUA SEKOLAH DAH MENGHANTAR

Maklumat GPM


Sekolah yang telah menghantar (tarikh akhir 15.01.2010):

1. SJKT Ladang Kemayan - 11.01.2010
2. SK Durian Tawar - 10.01.2010
3. SJKC Mengkarak - 11.01.2010
4. SK Bukit Gemuruh - 12.01.2010
5. SJKC Triang 2 - 12.01.2010
6. SMK Kemayan - 13.01.2010
7. SMK Triang - 14.01.2010
8. SMK Mengkarak - 14.01.2010
9. SK Kemayan- 14.01.2010
10. SK Kerayong - 14.01.2010
11. SK Kuala Triang - 14.o1.2010
12. SK Bukit Rok - 14.01.2010
13. SK Kerayong Jaya - 14.01.2010
14. SJKC Triang 1 - 14.01.2010
15. SJKC Kerayong - 14.01.2010
16. SJKC Kemasul - 14.01.2010
17. SJKT Ladang Karmen - 14.01.2010
18. SJKC Kemayan - 12.01.2010
19. SK Kerayong Jaya - 14.01.2010
20. SK Kemayan - 14.01.2010
21. SK Sri Buntar - 14.01.2010
22. SJKC Ladang Menteri - 14.01.2010
23. SMK Bandar Kerayong - 14.01.2010
24. SMK Seri Bera - 14.10.2010
25. SK Batu Papan - 15.01.2010
26.
27.
28.

SYABAS DAN TAHNIAH SEMUA SEKOLAH DAH MENGHANTAR
PADA 15.01.2010

Monday, January 11, 2010

Correct timing to take water

25 Muharram 1431H
Email : mohamad alias idris

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack


Sunday, January 10, 2010

PERHATIAN...!!! KHASIAT BUAH PISANG

Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Baca seterusnya dari sumber asal

Kursus NILAM SMK Mengkarak

Kursus NILAM telah diadakan pada 09.01.2010 (sabtu) di Bilik Kuliah SMK Mengkarak. Penceramah yang dijemput adalah Encik Roslan Haji Mahadi dari Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Pahang. Syabas PSS SMK Mengkarak. Saya hanya dapat menjengok seketika sahaja kerana ada urusan lain yang perlu disempurnakan. Berita selanjutnya di http://pssmkmengkarak.blogspot.com/

Friday, January 8, 2010

Pungutan Salinan Kad Harta Modal ICT 2005 - 2009

Senarai Sekolah Yang Telah Menghantar DHM (Jika tdk tersenarai mungkin kami belum terima)

  1. SK Durian Tawar (06.01.2010)
  2. SJKC Mengkarak (06.01.2010)
  3. SK Bohor Baru (07.01.2010)
  4. SJKC Kerayong (07.01.2010)
  5. SJKT Ladang Karmen (07.01.2010)
  6. SJKC Triang 2 (07.01.2010)
  7. SK Iskandar (08.01.2010)
  8. SJKC Kemayan (08.01.2010)
  9. SMK Bandar Kerayong - 13.01.2010
  10. SK Kerayong - 14.01.201
  11. SK Bukit Rok - 13.01.2010
  12. SK Sri Buntar - 14.01.2010
  13. SMK Mengkarak
  14. SMK Seri Bera
  15. SJKC Triang 1
  16. SJKC Kemasul
  17. SJKC Ladang Menteri