PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Wednesday, May 28, 2008

Selamat Bercuti

Pertama sekali saya mohon maaf kerana tak hantar 'posts' lebih seminggu kerana gangguan kesihatan lebih dua minggu. Walaupun masih boleh bekerja tetapi tidak boleh memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dengan mendalam. Daripada menaip tanpa perasaan, biarlah tak buat 'posting'.

Kedua, saya nak ucapkan selamat bercuti kepada cikgu2 semua semoga berbahagia selalu. Saya kerja ikut 'time' pejabat, nak wuat guanoo...

Tapi ada juga cikgu2 yang 'tak reti' nak bercuti. Ada kelas tembahanlah, latihan pelajar untuk pertandingan lepas cuti nantilah, ada yang bertukang membaiki perabut, menceriakan lanskap sekolah. Syabas kepada cikgu2 tersebut semoga lebih rasa bahagia kepada cikgu2 begini.

Sekarang ni, budak pra pun ada kelas tambahan. Isyh2 isyhhhhh...... gitulah semangatnya cikgu2 di Bera ni. Semoga betambah meningkat aura keikhlas cikgu dan memberi kesan positf dalam kehidupan cikgu.

Ketiga, saya tak pasti berapa ramai yang boleh akses ke blog ni. Masa mula buat dulu saya guna line internet kat rumah. Bila 'check' kat sekolah rupa-rupanya web blog ni di 'bann' oleh schoolnet. Syok sendirilah nampaknya. Walau bagaimana pun saya akan terus buat 'posting' dari masa ke semasa hingga saya dapat ikhtiarkan satu cara lain.

Tuesday, May 20, 2008

Lokasi


Monday, May 19, 2008

Sekolah Cikgu Dah Ada Lagu?

Adakah sekolah cikgu telah mempunyai "lagu sekolah". Di sini saya nak maklumkan ada pihak yang boleh mencipta lagu sepenuhnya untuk sekolah cikgu. Lirik terpulang kepada pihak sekolah samada nak sediakan sendiri atau pakej. Kosnya RM 500. Jika sekiranya pihak sekolah telah mempunyai note lagu dan liriknya, hanya nak rakam semula dalam format mp3, aif dan wav serta vokal dan minus one, harganya RM350.00.

Harga tersebut adalah 'standard' yang telah ditentukan oleh Persatuan Kebudayaan Bera. Kalau pihak sekolah berurusan melalui PKG kos boleh dikurangkan @ 'less' RM100 (PKG hanya membantu, tak ambik apa2 komisyen). Kalau ada pihak yang boleh membantu dengan kos yang lebih rendah maklumkan kepada PKG supaya dapat disebarkan ke sekolah-sekolah lain pula.

Setakat ini PKG tak dapek nak nolong. Tak ada kepakaran buat lagu. Takat boleh edit audio jer tak leh nak pandai2 ngan lagu sekolah neh. Tapi cikgu muzik boleh ikhtiarkan note lagu dan lirik jadi tak lah tinggi sangat kos.

Semua PKG di Pahang sebenar telah diarahkan untuk mendapatkan semua lagu dan lencana sekolah kelompok masing2 untuk dikumpul dan diedarkan ke seluruh sekolah2 Pahang oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang (BTPNP).

Sunday, May 18, 2008

Siapa Staf PKG Triang (Memang dah kenal pun..)

Inilah staf PKG Triang. 3 orang sahaja. Kalau dulu seorang sahaja. Akan datang dengar cerita 14 orang (tapi tahu bila nak mula). Dari kiri Pn. Salmiah (PT/O), En Hidzir (Peg. Teknopen), En. Ismail (Peg. Teknopen). Apalah agaknya kerja kami kat PKG ni. Nantilah ada masa saya akan 'post'kan SKT PKG pulak.

Sori, PKG bukan kedai tayar.......

He he heh. Sori semalam tak ada 'posting'. Demam selsema dah seminggu masih tak ok. Nak fikir banyak2 naik boring dah. Ye tak ye 'copy and paste' jer lah. Asalkan ada 'post' hari ni. Harap cikgu2 sejahtera dan bahagia selalu sambil menikmati cuti 'lebih sikit'.

Subject: Tips semasa membeli tayar kereta

Sumber: http://www.angelfire.com/super/nazri/mugo/tyre.htm

Saya ingin kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya mengenai tayar dan suku sakatnya.

Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3 - 4 bulan lagi.

Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.

1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi, apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar dipasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada: 4001 bermaksud tayar tersebut dikilang pada minggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003.

Jadi sekiranya kita dapati ada kedai yang menjual tayar degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Jepun. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas, tetapi apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi, kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepada jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama, bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama ini tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahagian dalam sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke luar (alignment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

Sekian, terima kasih.

Friday, May 16, 2008

Hasrat Yang Dimakbulkan

Alhamdulillah. Itulah ucapan yang paling baik rasanya untuk menunjukkan kesyukuran yang tak terhingga apabila hasrat saya untuk mendekati cikgu Sahrunizam tempohari dimakbulkan.

Pada pagi tadi saya telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pertandingan Puisi Dan Lagu Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang di bilik mesyuarat PPD Bera jam 10.00 pagi. Saya masuk lebih awal, tiba-tiba masuklah hamba Allah ini (cikgu Sahrunizam) duduk sebelah saya dan terus berbisik, "maaf lambat, terpaksa tinggal majlis hari guru kat sekolah". Berderau hati saya. Makbul hajat koi.

Sambil mesyuarat, sambil kami berbincang. Rupanya dah lama cikgu Nizam mempunyai blognya sendiri. Saya dah masuk dalam senarai pautan kat sebelah kiri sana. Cikgu-cikgu bolehlah selongkar sendiri, terutama yang minat bidang sastera khususnya puisi. Rasalah ranumnya bahasa beliau di blog tersebut.

Apa Hal Dengan Tong Gas Cikgu??

Sori ler yek. Angkat-angkat tong gas ni bukan SKT PKG. Saya 'forwardkan' supaya mudah-mudahan ada manfaatnya. Mengenai SKT PKG saya 'post' lain kali pula.

Subject: Fw: tong gas anda...
From: "Zamri Abdullah"
Date: Thu, May 15, 2008 11:15 am
To: "Zakaria b Hassan"

Ramai kat luar sana yang tak tahu. Saya tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku.

Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A untuk March( Suku pertama ),
B untuk June(Suku kedua ),
C untuk Sept( Suku ketiga ), &
D untuk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan. Jadi D06bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa.

Selamat Hari Guru, Semoga Sentiasa Sejahtera Dan Bahagia

SEKALI LAGI SELAMAT HARI GURU UNTUK CIKGU-CIKGU SEMUA, SEMOGA SEJAHTERA DAN BAHAGIA SELALU.

JUGA UCAPAN SELAMAT HARI GURU DARI http://sirmart.net/v3/

Thursday, May 15, 2008

Bahan inovasi untuk dikongsi

Bahan inovasi untuk dikongsi

Salam hormat,
berikut adalah url laman web Tn. Hj. Md. Yusop bin Mahmud, pemenang tempat kedua Anugerah TMK Peringkat Kebangsaan Tahun 2008.

Hari ini beliau ke Melaka untuk terima anugerah pada sambutan hari guru peringkat kebangsaan.

http://www.uluskum.net/remedial/

Semoga hasil inovasi beliau dapat membantu murid-murid dan guru-guru sekitar PKG tuan/puan.

Terima kasih.

Sudirman bin Abdul Ghani
PTP PKG Sungai Ular
Kulim, Kedah.

pkg_sungai_ular@moe.edu.my

Wednesday, May 14, 2008

Kriteria Pemarkahan Pertandingan Laman Web Sekolah

Ulangtayang.......

Kriteria Pemarkahan Pertandingan Laman Web Sekolah
Oleh bkepayang
  1. Penggunaan sumber kod (x)html yang bersih. Cth : bukan
  2. Penggunaan java, javascripts, css dan flash adalah digalakkan (Nyatakan sumber kod sekiranya kod bukan milik asli).
  3. Javascripts dan Theme yang dibina sendiri adalah satu kelebihan.
  4. Keseragaman setiap mukasurat.
  5. Keseragaman di antara setiap pelayar (browser).
  6. Paparan yang ceria, inovatif, bermaklumat dan bermanfaat.
  7. Setiap url adalah berfungsi.
  8. Kod sumber tidak mengandungi ancaman terhadap pengguna.
  9. Melepasi piawaian W3C Validator atau sekurang-kurangnya tidak melebihi 50 kesalahan ke atas.
  10. Undian boleh dilakukan melalui laman web.
  11. Penggunaan kaunter, buku pelawat, statistik web, rss feed, enjin carian laman dan forum adalah satu kelebihan.
  12. Saiz imej dan muka surat tidak membebankan (+- 30kb bagi imej dan +-15kb bagi mukasurat).
  13. Idea dan identiti tersendiri.
Tips :
  • Anda boleh memuatnaik laman web di server sekolah (sekiranya berfungsi) dengan menggunakan perisian yang terdapat di internet
  • Antara laman yang boleh dimuatnaik tanpa ads ialah http://www.000webhost.com atau http://www.free-webhosts.com (mengandungi url ke laman-lawan free hosting lain)

Berita Terkini: Pembinaan PKG Triang (Baru)

Pagi tadi (l.k jam 9.30 pagi) seramai 4 orang pegawai JKR daerah Bera, Guru Besar & GPK1 SK Sri Buntar dan saya membuat lawatan tinjau tapak pembinaan PKG Triang yang baru. Hampir satu jam kami di sana untuk memastikan kesesuaian tapak dan susun letaknya.

Esok ada mesyuarat bersama JKR Pahang di bangunan KOMTAR, Kuantan. Cikgu buka laman web JPNP dan lihat pelan lokasi JPNP dan cikgu dapat lihat bangunan tu. Saya terperanjat bila ada KOMTAR di Pahang, setahu saya kat P. Pinang jer. Saya sendiri pun belum pernah sampai ke JPNP.(malu betul).

Saya dimaklumkan bahawa tender akan dibuka secepat mungkin selepas mesyuarat di Kuantan. Siap tak tahu bila. Nak lihat gambaran PKG baru klik kat sini.

Tuesday, May 13, 2008

Laman Sekolah Ahli PKG Triang

Ha, ah.. Sekolah cikgu dah ada laman web ke belum? Cikgu boleh semak kat sini, atau kat sana.

Laman web ni lah yang akan dipertandingkan. Kalau sendiri rasa tak puas hati, maklumkan cikgu berkenaan yang bertanggungjawab. Ada hadiah untuk web master dan sekolah yang menang mengikuti kategori. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. Rajin-rajinlah jenguk kat laman web PPD Bera atau blog Sokongan PKG Triang.

Apa Khabar Cikgu-Cikgu SK Bukit Kepayang

Apa khabar cikgu-cikgu semua, khasnya dari SK Bukit Kepayang.

Dengar cerita mereka dah selesai menghadiri bengkel ICT mengenai asas penggunaan internet dan pembinaan blog. Ada yang dah mempunyai blog masing-masing. Taknak kongsi ker? Ada ke cikgu SK Bukit Kepayang yang hadir kat blog ni? Entah-entah saya syok sendiri je?

Walau bagaimanapun, kita di Bera ni dah semakin terdedah dan semakin meriah dalam penggunaan internet. Saya lihat 'counter' di ppdbera.net' dah semakin hangat. Kalau cikgu dah biasa akses ke sini atau ke ppdbera.net, warwarkan pula kepada cikgu-cikgu lain supaya mereka pun dapat bersama menyemarakkan penggunaan laman web oleh guru-guru. Kalau mereka tak pandai cikgu ajarkan.

Adakah sekolah cikgu mencapai akses internet dengan sempurna melalui 'schoolnet' atau dengan cara yang lain? Jika tidak, maklumkan kepada PKG yang berkenaan atau terus kepada PPD Bera (U.P. En. Jamal) untuk tindakan lanjut.

Dalam masa terdekat ni, PPD Bera bersama Pasukan Konfigurasi Rangkaian Daerah akan ke sekolah-sekolah yang mempunyai masalah rangkaian untuk membantu selesaikan masalah tersebut. Maklumkan segera supaya sekolah-sekolah cikgu mendapat perhatian segera. Ini tindakan khas guru penyelaras ICT kot?

Monday, May 12, 2008

Yang Disebut-Sebut Telah Muncul

Hari tu saya sebut-sebut nanti kena marah dengan Cikgu Sarji. Akhir beliau telah muncul. Saya tak pasti adakah blog ini dia yang punya, tapi namanya ada muncul disitu. Cikgu-cikgu boleh rujuk ke blog ni. http://duniapuisiku.blogspot.com.

Ni satu lagi blog seorang ustaz, rasanya orang Bera juga. Sebab pernah saya masuk satu yahoo group namanya 'Cikgu Bera',moderatornya ustaz muda. Cuba selongkar kat sini http://ustazmuda.blogspot.com/

Saya masih ingin menghubungi atau mendekati Cikgu Sharulnizam,yang pernah memenangi anugerah khas sasterawan semasa sambutan Hari Guru 2005 (kalau tak salah), serentak dengan Che Lah di anugerah Tokoh Guru. Sekiranya dapat menyumbang di sini alangkah bagusnya.

Kepada cikgu-cikgu yang ada menjenguk kat blog ni, jika mempunyai apa-apa sahaja yang boleh dikongsi bersama diharap dapat menyumbang di sini.

Sekolah Ahli

Sekolah Rendah
  1. SK Kemayan
  2. SK Sri Buntar
  3. SK Kerayong
  4. SK Durian Tawar (Pusat Akses)
  5. SK Kuala Triang
  6. SK Batu Papan
  7. SK Kuala Bera
  8. SK Bohor Baru
  9. SK Bukit Rok
  10. SK Bukit Gemuroh
  11. SK Iskandar
  12. SJKC Kemayan
  13. SJKC Mengkuang
  14. SJKC Triang 1 (Pusat Akses)
  15. SJKC Triang 2
  16. SJKC Kerayong (Pusat Akses)
  17. SJKC Mengkarak
  18. SJKC Kemasul
  19. SJKC Ladang Menteri
  20. SJKT Ladang Kemayan
  21. SJKT Ladang Menteri
  22. SJKT Ladang Karmen
Sekolah Menengah
  1. SMK Kemayan
  2. SMK Triang
  3. SMK Bandar Kerayong
  4. SMK Seri Bera
  5. SMK Mengkarak (Pusat Akses)


Perkhidmatan

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
  • Pemantauan dan khidmat bantu
  • Program NILAM
  • Penilaian Bintang PERPUSPA
Kepakaran Teknologi Maklumat
  • Memberi pendedahan dan maklumat yang berkaitan dengan teknologi terkini bagi P & P
  • Khidmat nasihat dan tunjuk ajar teknikal asas penggunaan TV Pendidikan.
Pinjaman
  • Alatan siaraya
  • Bahan bantu mengajar
  • Alatan teknopen
  • Buku rujukan
Rakamsalin Audio/Video

Piagam Pelanggan

Adalah dengan ini kami berjanji:
  1. Bersedia membantu guru-guru mengikut keperluan yang dipohon oleh sekolah-sekolah kelompok
  2. memberi layanan mesra kepada pengunjung-pengunjung dan pelanggan-pelanggan yang datang ke PKG
  3. Bersedia membantu guru-guru dalam aspek pengetahuan dan kepakaran dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian di bilik-bilik darjah
  4. Membantu menyediakan kemudahan dan peralatan yang ada bagi tujuan kursus, bengkel, seminar dan sebagainya apabila dipohon
  5. Membantu guru dalam aspek penyelidikan dan pembangunan serta menyebar luas maklumat pendidikan untuk sekolah-sekolah kelompok

Fungsi PKG

  • Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen
  • Pusat penghasilan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dibina secara kreatif dan inovatif
  • Pengumpul dan penyebar maklumat pendidikan terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat
  • Mewujudkann situasi perkongsian bagi meningkatkan pengetahuan dan kepakaran di kalangan guru-guru dalam penggunaan teknopen
  • Memupuk budaya pemuafakatan di kalangan guru-guru setempat
  • Membantu meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah
  • Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam ICT
  • Pusat aktiviti profesional pendidikan bagi sekolah ahli dan masyarakat setempat

Objektif PKG

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen
  • Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan PSS
  • Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam ICT

Sunday, May 11, 2008

Tukar Hati Dan Jantung

Apa khabar cikgu hari Ahad ni. Cuci kereta lagi. Tolong isteri ampai kain atau tolong suami basuh kereta. Atau membeli belah ke pekan sehari. Ke, bawa anak-anak makan angin. Entah-entah sibuk buat part-time tambah income..

Sedikit untuk renungan.... Pernahkah cikgu mempunyai kawan atau mengenali seseorang memang cikgu tak suka berjumpa dengan dia, bercakap apatah lagi minta nasihat daripadanya. Setiap kali dia berkata-kata ada saja yang menyakitkan hati kita. Tak pernah tenteram hati kita dibuatnya. Padahal ada diploma ada ijazah, sekolah sangat tinggi. Nak marah? Kawan. Kadang-kadang masa kita susah dia yang tolong di kala tak ada orang yang nak tolong kita. Serba salah. Tapi itulah tabiat dia. Nak wuak guanooooo....

Dah sekolah tinggi-tinggi pun tak ada kemahiran komunikasi walaupun yang asas. Dia tak perasaan ke perasaan orang lain yang terbakar hati dengan kata-katanya.

Ada seorang kawan katanya, "Orang ni kalau dibedah dan tukar hati dan jantungnya pun belum tentu boleh ubah perangainya". Sabar jer lah.

Harap-harap adalah pengajaran untuk kita dalam berkomunikasi sebab kita orang 'bersekolah'.

"Janganlah menyakiti supaya tidak disakiti"

Friday, May 9, 2008

Selamat Hari Guru Untuk Cikgu Semua

Selamat Hari Guru Untuk Semua Cikgu khasnya cikgu-cikgu di daerah Bera. Semoga semuanya sihat sejahtera dan bahagia selalu. Semoga aura keikhlasan cikgu semakin meningkat dan memberi impak positif kepada anak murid (pelajar) cikgu.

Sudah pasti ada di kalangan cikgu-cikgu yang dah rasa letih melayan kerenah anak didik di sekolah. Tapi apakah yang menguatkan semangat cikgu mencurah bakti mendidik tak kira bangsa dan keturunan? Sudah pasti aura positif ikhlas cikgu yang banyak membantu, walau pun mungkin cikgu tak menyedarinya, kerana ia telah wujud semenjak hari pertama cikgu menjadi cikgu.

Pupuklah aura tersebut supaya ia terus dapat membantu cikgu. Cari masa dan tempat yang sesuai misalnya di muka pintu sebelum keluar ke sekolah atau sedang memanaskan enjin kereta. Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam. Pupukkan dan bayangkan rasa bahagia cikgu semasa mengajar dan buangkan rasa marah, sedih dan dendam dalam diri, minda dan hati. Buangkan jauh-jauh....jauh-jauh... hadirkan dan rasakan rasa tenteram, bahagia dan gembira bila berhadapan dengan anak didik cikgu..Rasakan kebahagiaan itu perlahan-lahan datang ke dalam hati...

Thursday, May 8, 2008

Pelancaran Program Pembestarian Sekolah Daerah Maran

Pada 6 Mei 2008 yang lepas saya mewakili En. Hisyamuddin (PKG Bera) dijemput menghadiri pelancaran tersebut yang disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Pahang. Antara aktiviti dalam program tersebut ialah pameran pihak tertentu yang berkaiatan dengan ICT, taklimat pengoperasian laman web 'Akses Maran' dan perasmian Pusat Akses Contoh Daerah Maran (SK Bandar Pusat).

Bagi cikgu-cikgu yang berkenaan di daerah Bera jangan leka kerana di daerah kita juga ada beberapa aktiviti yang berkaitan ICT yang memerlukan komitmen cikgu-cikgu tertentu.

Pertama, Pertandingan Pembinaan Laman Web Sekolah-Sekolah Daerah Bera. Kedua, kemaskini pemantauan online alatan ICT sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Ketiga, update laman sekolah-sekolah sedia ada oleh semua guru-guru yang telah diamanahkan kerana pelancaran laman web 'PPD Bera.net' akan disempurnakan sempena sambutan Hari Guru Daerah Bera. Keempat, pertandingan keceriaan makmal komputer dan pusat akses sekolah.

Jangan lupa juga karnival NILAM sempena sambutan Hari Guru Daerah Bera, Penilaian Bintang PERPUSPA yang diadakan setiap tahun.

Begitulah beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian yang dapat saya sebutkan kali ini. Rasanya ada lagi yang mungkin terkeluar dari ruang minda saya kali ini. Jangan kita rasa daerah kita tak ada program serius yang perlu diberi perhatian.

Ha ha. Inilah yang saya katakan sebenarnya saya nak taip untuk posting yang lalu. Tapi tak 'seindah pertama kali saya taip'.

MAAF JIKA AYAT SAYA TIDAK MENGIKUT TATA BAHASA MELAYU YANG BERKUALITI. Kalau cikgu Sarji dan cikgu Shahrulnizam baca mesti kena marah nih. Nanti kalau ada masa saya nak minta dia orang upload artikel karya mereka untuk tatapan kita bersama. Insya Allah. Sesiapa yang nak hantar artikel atau cadangan atau apa-apa sahaja untuk dimuatkan dalam blog ini, sila emailkan ke pkg_triang@yahoo.com

Amacam Keputusan PTK Cikgu

Heboh satu Malaysia apabila keputusan PTK dah keluar. Maklumlah cikgu merupakan kaitangan kerajaan yang sangat ramai jumlahnya. Apa-apa pun tahniah kepada yang berjaya dan yang gagal, ngulang sekali lagi ler jawapnya.

Ada yang sangat serius dengan hal PTK ni, ada pulak yang sambil lewa jer. Tak kisahlah asal bahagia.

Sebenarnya saya dah taip untuk posting hari ni dengan tajuk yang berbeza, tapi entah macamana schoolnet kat sini problem pulak. Tak bolehlah nak upload, nak save pun tak boleh. Kecewa betul. Itulah kelemahan blog ni, kena buat online kalau tak dapat akses internet, putuslah harapan.

Kepada Penyelaras ICT, jangan lupa update maklumat pemantauan online sekolah cikgu. Lengkapkan dari masa ke semasa. Buat sikit-sikit, lama-lama siap juga.

SELAMAT MAJU JAYA

Monday, May 5, 2008

Petua Nak Beli Komputer???

Sebelum ni, saya katakan kesukaran nak buat 'post' tiap hari kat blog. Satu cara agak mudah copy orang punya tampalkan kat blog kita. He he heh. Berikut ialah 'cut and paste' yang saya maksudkan.... dari salah satu laman yang saya subscribe.....

Salam ceria Ismail,

 Dunia kini sedang berada di dalam era teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Justeru, kerajaan telah menggalakkan rakyat Malaysia memiliki komputer serta mempelajari ICT agar kita tidak ketinggalan dengan teknologinya malah dapat sama-sama bersaing dengan semua negara maju.

Perkara pertama yang perlu diteliti ialah keperluan PC itu dibeli. Biasanya, PC dibeli untuk tujuan kerja-kerja ringan dan berat.

Bagi pelajar kursus-kursus pengurusan, perakaunan, ekonomi, pendidikan, kerja sosial dan lain-lain lagi serta bagi pekerja di pejabat, memadai jika mereka memilih spesifikasi PC yang sederhana sahaja kerana keupayaan yang diperlukan hanyalah
untuk menaip tugasan dan sebagainya di samping mendengar lagu MP3, menonton VCD dan bermain game.

Tetapi bagi mereka yang berada di dalam bidang IT, Multimedia, pengkomputeran dan kejuruteraan, mereka perlu memiliki PC yang berkeupayaan tinggi untuk tugas-tugas berat seperti pengaturcaraan, mengedit grafik, membuat animasi, mengedit video dan sebagainya.

Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah kemampuan kewangan kita. Bagi mereka yang hanya memerlukan spesifikasi PC yang sederhana tetapi berkemampuan untuk membeli PC berkeupayaan tinggi, maka memilih PC berkeupayaan tinggi adalah lebih baik untuk kepuasan dan kepantasan.

Tetapi bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan adalah lebih baik mereka membeli PC berkeupayaan rendah atau sederhana yang mana ianya boleh ditingkat upaya apabila berkemampuan kelak.

Seterusnya, kita perlu menentukan PC yang terbaik bagi keperluan kita. Terdapat pelbagai jenis PC baru daripada yang termurah kira-kira RM1500 hinggalah yang termahal bernilai RM9500 di pasaran.

PC yang boleh dipilih dibahagikan kepada tiga iaitu PC serasi IBM atau popular dengan gelaran PC klon, PC jenama seperti Mac daripada Apple, HP, Acer, Fujitsu dan banyak lagi serta PC pasang sendiri, di mana komponen-komponen komputer dibeli berasingan dan dipasang sendiri oleh pembeli.

Bagi saya, PC yang terbaik untuk dipilih adalah PC klon (tidak berjenama), kerana ianya lebih murah, mudah ditingkat upaya serta mempunyai keupayaan yang sama seperti komputer-komputer jenama.

PC jenama pula mahal, sukar ditingkat upaya dan terdapat yang tidak mempunyai kebolehan menambah perkakasan
yang daripada lain seperti kad grafik, kad bunyi, pencetak, pengimbas dan kamera web. Ianya hanya membenarkan perkakasan dan komponen daripada jenama yang sama seperti komputer keluaran Apple.

Namun ada juga PC berjenama yang boleh ditingkat upaya dengan mudah tanpa perlu menggunakan jenama perkakasan
tertentu seperti Acer.

Kelebihannya, PC jenama mempunyai kemudahan jaminan, baikpulih, mudah dihubungi serta tidak mudah rosak. Pemasangan sendiri PC pula amat sukar bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi di dalam dunia pengkomputeran kerana ianya memerlukan kemahiran bukan sahaja di dalam memasang tetapi mengkaji keserasian komponen serta mendapatkan komponen-komponen daripada pembekal.

Untuk memilih PC, kita perlu mengumpulkan seberapa banyak maklumat daripada peniaga-peniaga PC. Bandingkan harga yang ditawarkan, keupayaannya serta kemudahan yang ditawarkan seperti jaminan, baikpulih dan kemudahan hubungan.

Terdapat peniaga yang menawarkan pelbagai perkara seperti perkakasan percuma, akaun internet, bayaran ansuran. Namun, kita perlu berhati-hati dengan mereka kerana kemungkinan penipuan boleh berlaku, lebih-lebih lagi jika memilih PC klon. Oleh itu, kita perlu memberikan seberapa banyak pertanyaan kepada peniaga terbabit sebelum membeli PCnya.

Mintalah bantuan daripada rakan-rakan yang pernah membeli PC. Semoga pilihan anda menepati keperluan dan kehendak anda.

Ikhlas dari,

Zaki
www.LajukanPC.com

Doa Untuk Kebahagiaan Diri

Maaf kerana telah beberapa hari tidak update. Saya tak mahulah memberi alasan-alasannya. Rupa-rupanya bila seseorang telah membina satu blog, perkara pertama harus dia fikir ialah bolehkah blognya diupdate setiap hari? Tujuan blog ialah menyampai maklumat atau posting yang dilakukan setiap hari. Ini mejadi satu keutamaan bila cikgu nak membina satu blog.

Pembinaan blog sesuatu yang amat mudah, tetapi nak nak 'maintain' menjadi sesuatu yang agak sukar. Kalau cikgu nak belajar buat blog sendiri sangat mudah. Lain kali saya cerita lagi mengenai blog ni. Ada yang dah mahir kita boleh bertukar-tukar pendapat.

Hari ini saya nak sentuh satu perkara yang saya rasa boleh dijadikan iktibar untuk kita. Saya mempunyai seorang kawan, yang mempunyai cita-cita besar. Mahu menjadi jutawan dan membimbing orang lain jadi jutawan, dan saya lihat memang dia berusaha ke arah itu dan sedang menuju ke arah itu. Saya doakan semoga dia berjaya.

Apa yang yang saya nak taipkan di sini bukanlah tentang cita-citanya, tetapi satu ungkapan yang pernah dia ucapkan kepada kami yang berseminar dengannya. "Jika anda dizalimi anda mempunyai satu doa yang makbul, jadi jangan doakan kecelakaan kepada si zalim tu, tapi doakan untuk kebahagian, kejayaan, kekayaan atau apa sahaja kebaikan untuk diri, keluarga dan sesiapa sahaja yang anda suka"

Pengajaran. Yang pertama jangan menzalimi sesiapa sahaja (walau kepada non-muslim) dengan apa cara sekalipun kerana doa mereka dimakbul Allah. Kedua, jangan kita mudah mendoakan kecelakaan kepadanya, lebih baik kita doakan kesejahteraan diri kita. Kezaliman sudah pasti dibalas oleh Allah. Maka jadilah kita orang yang sabar secara 'auto'. Mudah-mudahan.

SAMPAIKANLAH KEBAIKAN, JIKA KAMU TIDAK DAPAT MELAKUKANNYA BOLEH JADI ORANG LAIN BOLEH.

Thursday, May 1, 2008

Moh join 'Task Force' Daerah Bera

Beberapa kumpulan task force (TF) akan ditubuhkan di daerah Bera secara rasmi, walaupun selama ini telah wujud secara tidak rasmi. Di antara TF tersebut ialah Siaraya, Rakaman, Jurufoto, Pengurusan PSS & Program NILAM, PKR (Pasukan Konfigurasi Rangkaian), Pegurusan Laman Web, Kemahiran ICT , JU-JU dan lain-lain yang difikirkan perlu (cikgu boleh beri cadangan TF lain yang releven).

Tujuan TF ini ditubuhkan supaya agihan tugas dapat dilaksanakan oleh cikgu yang lebih mahir dan sanggup memberi komitmen kepada bidang yang diminati. Di samping itu juga dapat memberi kemahiran kepada pelapis-pelapis dalam bidang-bidang tertentu. Cikgu boleh menawarkan diri atau mencadangkan rakan guru lain yang dipastikan boleh memberi komitmen kepada tugasan yang berkenaan.

Jika cikgu ingin menyertai mana-mana TF atau ada cadangan mana-mana guru boleh hubungi PKG Bera (Tel: 2462420; Email: pkg_bera@yahoo.com) atau PKG Triang (Tel: 2446248; Email: pkg_triang@yahoo.com).

Pekeliling Berkaitan Program NILAM

Untuk rujukan cikgu sila klik tajuk di atas. Maaf, menumpang link orang lain. Tak kisahlah asalkan membantu kerja kita. Kepada yang empunya, terima kasih diucapkan.