PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Tuesday, November 24, 2009

Liku-Liku Jejak Pejuang



Inilah barisan pejuang yang mengharumkan pendidik daerah Bera. Semoga menjadi inspirasi kepada pendidik daerah Bera. Syabas kepada anda semua yang telah memikul tanggungjawab yang hebat ini. Cikgu-cikgu boleh klik kat sini untuk kisah selanjutnya untuk dikongsi bersama....

Friday, November 13, 2009

Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-sekolah Rendah Daerah Bera Tahun 2009


Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-sekolah Rendah Daerah Bera Tahun 2009 telah selamat dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh Program: 13 November 2009
Masa: 8.00 Hingga 12.00 Tgh
Tempat: Masjid Darul Fikri Kerayong

Perasmian penutup oleh Ust Che Ab Hamid mewakili Tuan PPD Bera. (Gambar akan saya upload kemudian)

Lokasi imej

Thursday, November 12, 2009

Seminar dan Anugerah Bintang PERPUSPA Negeri Pahang 2009



Anugerah NILAM:

1. SK Kuala Triang tempat pertama Tokoh Nilam Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Pahang
2. SK Kuala Triang tempat pertama Tokoh NILAM Sekolah Rendah Keselurahan Negeri Pahang
3. SMK Seri Bera tempat kedua dan ketiga
Tokoh Nilam Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Pahang

Anugerah Bintang PERPUSPA:

1. SMK Seri Bera tempat ketiga Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Pahang

Keputusan penuh dan gambar saya akan update kemudian bila bahan telah diperolehi. PKG Daerah Bera mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga penddikan daerah Bera kerana telah sederap menunjukkan peranan secara koloboratif menjayakan "BERA TOP FOUR", khasnya kepada semua warga sekolah berkenaan.... paling khas sekali kepada GPMlah....Cikgu Johana (SK Kuala Triang) dan Cikgu Sanariah (SMK Seri Bera). Kepada GPM SK Tementi (Wakil PERPUSPA), SK Kemayan (Wakil NILAM) dan SK Kumai (Wakil NILAM),

Wednesday, November 11, 2009

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU‏


Dipanjangkan semoga mendapat keberkatan bersama….
RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU
Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur:

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Baca seterusnya dari sumber ambilan: http://nuursyifa.blogspot.com/2009/11/rahsia-solat-awal-waktu.html
L0laksi imej

Sunday, November 8, 2009

Menjengah Tasik Bera

Indahnya Tasik Bera


Pesona Lake Bera Resort.... adakah mempesonakan..... Lihat di sini

Memancing di Tasik Bera atau hanya bersantai menaiki bot. Selanjutnya di
sini

Friday, November 6, 2009

PKG Triang diserbu


PKG Triang diserbu oleh murid-murid SK Durian Tawar tahap dua kerana mencari maklumat di PKG sebagai aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia (04.11.2009)