PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Tuesday, April 27, 2010

Kebakaran Server Makmal Komputer SMK Seri Bera











Kejadian berlaku antara petang Jumaat hingga 7.30 pagi Isnin (26 April 2010), hanya disedari oleh Guru Penyelaras Bestari apabila hendak membuka makamal komputer jam 7.40 pagi.

Hanya melibatkan rak server (server, monitor, modem, hub suis, patch panel), tetapi jelaga yang sangat banyak memenuhi bilik dan meliputi keseluruhan komputer (dengan kecemaran yang amat teruk)....

Kes masih dalam siasatan Unit Forensik, Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mengikut makluman En. Mohamad Nordin (Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Pahang), pihak sekolah perlu membuat laporan dan permohonan gantian alatan yang rosak kepada JPN Pahang dan salinan kepada PPD Bera, BTPN Pahang dan PKG Triang. Gantian alatan dibuat melalui permohonan kepada JPN Pahang, manakala BTPN Pahang hanya boleh membuat penyelenggaraan jika perlu.