PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Monday, July 6, 2009

Kembali Bertemu

Saya mohon maaf kepada cikgu-cikgu semua, kerana telah setahun lebih blog ni tak di update. Saya berhenti membuat posting tempohari kerana schoonetl telah menyekat blogspot.com. Jadi segala posting tak dapat sampai ke sekolah-sekolah, saya rasa tak ada faedahnya jika diteruskan.

Namun sekarang keadaan dah berubah, tiada sekatan lagi, dan saya lihat counter web klik kat bawah tu sentiasa bertambah. Saya rasa bersalah juga kalau tak diteruskan. Mulai hari ini saya akan update setakat yang mampu.

Kalau ada cikgu-cikgu yang nak menyampai berita boleh emailkan ke pkg_triang@yahoo.com atau kerayong@gmail.com untuk saya muatkan dalam blog tersebut. Sekiranya bergambar lagi bagus...

Sekian untuk kali ini.

No comments: