PROMOSI LAMAN
-
-
MOTIVASI TAHUN 6 201114 years ago
PENGUMUMAN
Wednesday, May 28, 2008
Selamat Bercuti
Kedua, saya nak ucapkan selamat bercuti kepada cikgu2 semua semoga berbahagia selalu. Saya kerja ikut 'time' pejabat, nak wuat guanoo...
Tapi ada juga cikgu2 yang 'tak reti' nak bercuti. Ada kelas tembahanlah, latihan pelajar untuk pertandingan lepas cuti nantilah, ada yang bertukang membaiki perabut, menceriakan lanskap sekolah. Syabas kepada cikgu2 tersebut semoga lebih rasa bahagia kepada cikgu2 begini.
Sekarang ni, budak pra pun ada kelas tambahan. Isyh2 isyhhhhh...... gitulah semangatnya cikgu2 di Bera ni. Semoga betambah meningkat aura keikhlas cikgu dan memberi kesan positf dalam kehidupan cikgu.
Ketiga, saya tak pasti berapa ramai yang boleh akses ke blog ni. Masa mula buat dulu saya guna line internet kat rumah. Bila 'check' kat sekolah rupa-rupanya web blog ni di 'bann' oleh schoolnet. Syok sendirilah nampaknya. Walau bagaimana pun saya akan terus buat 'posting' dari masa ke semasa hingga saya dapat ikhtiarkan satu cara lain.
Tuesday, May 20, 2008
Monday, May 19, 2008
Sekolah Cikgu Dah Ada Lagu?
Harga tersebut adalah 'standard' yang telah ditentukan oleh Persatuan Kebudayaan Bera. Kalau pihak sekolah berurusan melalui PKG kos boleh dikurangkan @ 'less' RM100 (PKG hanya membantu, tak ambik apa2 komisyen). Kalau ada pihak yang boleh membantu dengan kos yang lebih rendah maklumkan kepada PKG supaya dapat disebarkan ke sekolah-sekolah lain pula.
Setakat ini PKG tak dapek nak nolong. Tak ada kepakaran buat lagu. Takat boleh edit audio jer tak leh nak pandai2 ngan lagu sekolah neh. Tapi cikgu muzik boleh ikhtiarkan note lagu dan lirik jadi tak lah tinggi sangat kos.
Semua PKG di Pahang sebenar telah diarahkan untuk mendapatkan semua lagu dan lencana sekolah kelompok masing2 untuk dikumpul dan diedarkan ke seluruh sekolah2 Pahang oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang (BTPNP).
Sunday, May 18, 2008
Siapa Staf PKG Triang (Memang dah kenal pun..)

Sori, PKG bukan kedai tayar.......
Subject: Tips semasa membeli tayar kereta
Saya ingin kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya mengenai tayar dan suku sakatnya.
4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Jepun. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar tayar seperti michelin,
Friday, May 16, 2008
Hasrat Yang Dimakbulkan
Pada pagi tadi saya telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pertandingan Puisi Dan Lagu Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang di bilik mesyuarat PPD Bera jam 10.00 pagi. Saya masuk lebih awal, tiba-tiba masuklah hamba Allah ini (cikgu Sahrunizam) duduk sebelah saya dan terus berbisik, "maaf lambat, terpaksa tinggal majlis hari guru kat sekolah". Berderau hati saya. Makbul hajat koi.
Sambil mesyuarat, sambil kami berbincang. Rupanya dah lama cikgu Nizam mempunyai blognya sendiri. Saya dah masuk dalam senarai pautan kat sebelah kiri sana. Cikgu-cikgu bolehlah selongkar sendiri, terutama yang minat bidang sastera khususnya puisi. Rasalah ranumnya bahasa beliau di blog tersebut.
Apa Hal Dengan Tong Gas Cikgu??

Subject: Fw: tong gas anda...
From: "Zamri Abdullah"
Selamat Hari Guru, Semoga Sentiasa Sejahtera Dan Bahagia


JUGA UCAPAN SELAMAT HARI GURU DARI http://sirmart.net/v3/

Thursday, May 15, 2008
Bahan inovasi untuk dikongsi
berikut adalah url laman web Tn. Hj. Md. Yusop bin Mahmud, pemenang tempat kedua Anugerah TMK Peringkat Kebangsaan Tahun 2008.
Hari ini beliau ke Melaka untuk terima anugerah pada sambutan hari guru peringkat kebangsaan.
http://www.uluskum.net/remedial/
Semoga hasil inovasi beliau dapat membantu murid-murid dan guru-guru sekitar PKG tuan/puan.
Terima kasih.
Sudirman bin Abdul Ghani
PTP PKG Sungai Ular
Kulim, Kedah.
pkg_sungai_ular@moe.edu.my
Wednesday, May 14, 2008
Kriteria Pemarkahan Pertandingan Laman Web Sekolah
Kriteria Pemarkahan Pertandingan Laman Web Sekolah
Oleh bkepayang | |
Tips :
|
Berita Terkini: Pembinaan PKG Triang (Baru)
Esok ada mesyuarat bersama JKR Pahang di bangunan KOMTAR, Kuantan. Cikgu buka laman web JPNP dan lihat pelan lokasi JPNP dan cikgu dapat lihat bangunan tu. Saya terperanjat bila ada KOMTAR di Pahang, setahu saya kat P. Pinang jer. Saya sendiri pun belum pernah sampai ke JPNP.(malu betul).
Saya dimaklumkan bahawa tender akan dibuka secepat mungkin selepas mesyuarat di Kuantan. Siap tak tahu bila. Nak lihat gambaran PKG baru klik kat sini.
Tuesday, May 13, 2008
Laman Sekolah Ahli PKG Triang
Laman web ni lah yang akan dipertandingkan. Kalau sendiri rasa tak puas hati, maklumkan cikgu berkenaan yang bertanggungjawab. Ada hadiah untuk web master dan sekolah yang menang mengikuti kategori. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. Rajin-rajinlah jenguk kat laman web PPD Bera atau blog Sokongan PKG Triang.
Apa Khabar Cikgu-Cikgu SK Bukit Kepayang
Dengar cerita mereka dah selesai menghadiri bengkel ICT mengenai asas penggunaan internet dan pembinaan blog. Ada yang dah mempunyai blog masing-masing. Taknak kongsi ker? Ada ke cikgu SK Bukit Kepayang yang hadir kat blog ni? Entah-entah saya syok sendiri je?
Walau bagaimanapun, kita di Bera ni dah semakin terdedah dan semakin meriah dalam penggunaan internet. Saya lihat 'counter' di ppdbera.net' dah semakin hangat. Kalau cikgu dah biasa akses ke sini atau ke ppdbera.net, warwarkan pula kepada cikgu-cikgu lain supaya mereka pun dapat bersama menyemarakkan penggunaan laman web oleh guru-guru. Kalau mereka tak pandai cikgu ajarkan.
Adakah sekolah cikgu mencapai akses internet dengan sempurna melalui 'schoolnet' atau dengan cara yang lain? Jika tidak, maklumkan kepada PKG yang berkenaan atau terus kepada PPD Bera (U.P. En. Jamal) untuk tindakan lanjut.
Dalam masa terdekat ni, PPD Bera bersama Pasukan Konfigurasi Rangkaian Daerah akan ke sekolah-sekolah yang mempunyai masalah rangkaian untuk membantu selesaikan masalah tersebut. Maklumkan segera supaya sekolah-sekolah cikgu mendapat perhatian segera. Ini tindakan khas guru penyelaras ICT kot?
Monday, May 12, 2008
Yang Disebut-Sebut Telah Muncul
Ni satu lagi blog seorang ustaz, rasanya orang Bera juga. Sebab pernah saya masuk satu yahoo group namanya 'Cikgu Bera',moderatornya ustaz muda. Cuba selongkar kat sini http://ustazmuda.blogspot.com/
Saya masih ingin menghubungi atau mendekati Cikgu Sharulnizam,yang pernah memenangi anugerah khas sasterawan semasa sambutan Hari Guru 2005 (kalau tak salah), serentak dengan Che Lah di anugerah Tokoh Guru. Sekiranya dapat menyumbang di sini alangkah bagusnya.
Kepada cikgu-cikgu yang ada menjenguk kat blog ni, jika mempunyai apa-apa sahaja yang boleh dikongsi bersama diharap dapat menyumbang di sini.
Sekolah Ahli
- SK Kemayan
- SK Sri Buntar
- SK Kerayong
- SK Durian Tawar (Pusat Akses)
- SK Kuala Triang
- SK Batu Papan
- SK Kuala Bera
- SK Bohor Baru
- SK Bukit Rok
- SK Bukit Gemuroh
- SK Iskandar
- SJKC Kemayan
- SJKC Mengkuang
- SJKC Triang 1 (Pusat Akses)
- SJKC Triang 2
- SJKC Kerayong (Pusat Akses)
- SJKC Mengkarak
- SJKC Kemasul
- SJKC Ladang Menteri
- SJKT Ladang Kemayan
- SJKT Ladang Menteri
- SJKT Ladang Karmen
- SMK Kemayan
- SMK Triang
- SMK Bandar Kerayong
- SMK Seri Bera
- SMK Mengkarak (Pusat Akses)
Perkhidmatan
- Pemantauan dan khidmat bantu
- Program NILAM
- Penilaian Bintang PERPUSPA
- Memberi pendedahan dan maklumat yang berkaitan dengan teknologi terkini bagi P & P
- Khidmat nasihat dan tunjuk ajar teknikal asas penggunaan TV Pendidikan.
- Alatan siaraya
- Bahan bantu mengajar
- Alatan teknopen
- Buku rujukan
Piagam Pelanggan
- Bersedia membantu guru-guru mengikut keperluan yang dipohon oleh sekolah-sekolah kelompok
- memberi layanan mesra kepada pengunjung-pengunjung dan pelanggan-pelanggan yang datang ke PKG
- Bersedia membantu guru-guru dalam aspek pengetahuan dan kepakaran dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian di bilik-bilik darjah
- Membantu menyediakan kemudahan dan peralatan yang ada bagi tujuan kursus, bengkel, seminar dan sebagainya apabila dipohon
- Membantu guru dalam aspek penyelidikan dan pembangunan serta menyebar luas maklumat pendidikan untuk sekolah-sekolah kelompok
Fungsi PKG
- Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen
- Pusat penghasilan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dibina secara kreatif dan inovatif
- Pengumpul dan penyebar maklumat pendidikan terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat
- Mewujudkann situasi perkongsian bagi meningkatkan pengetahuan dan kepakaran di kalangan guru-guru dalam penggunaan teknopen
- Memupuk budaya pemuafakatan di kalangan guru-guru setempat
- Membantu meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah
- Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam ICT
- Pusat aktiviti profesional pendidikan bagi sekolah ahli dan masyarakat setempat
Objektif PKG
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen
- Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan
- Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan PSS
- Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam ICT
Sunday, May 11, 2008
Tukar Hati Dan Jantung

Sedikit untuk renungan.... Pernahkah cikgu mempunyai kawan atau mengenali seseorang memang cikgu tak suka berjumpa dengan dia, bercakap apatah lagi minta nasihat daripadanya. Setiap kali dia berkata-kata ada saja yang menyakitkan hati kita. Tak pernah tenteram hati kita dibuatnya. Padahal ada diploma ada ijazah, sekolah sangat tinggi. Nak marah? Kawan. Kadang-kadang masa kita susah dia yang tolong di kala tak ada orang yang nak tolong kita. Serba salah. Tapi itulah tabiat dia. Nak wuak guanooooo....
Dah sekolah tinggi-tinggi pun tak ada kemahiran komunikasi walaupun yang asas. Dia tak perasaan ke perasaan orang lain yang terbakar hati dengan kata-katanya.
Ada seorang kawan katanya, "Orang ni kalau dibedah dan tukar hati dan jantungnya pun belum tentu boleh ubah perangainya". Sabar jer lah.
Harap-harap adalah pengajaran untuk kita dalam berkomunikasi sebab kita orang 'bersekolah'.
"Janganlah menyakiti supaya tidak disakiti"
Friday, May 9, 2008
Selamat Hari Guru Untuk Cikgu Semua

Sudah pasti ada di kalangan cikgu-cikgu yang dah rasa letih melayan kerenah anak didik di sekolah. Tapi apakah yang menguatkan semangat cikgu mencurah bakti mendidik tak kira bangsa dan keturunan? Sudah pasti aura positif ikhlas cikgu yang banyak membantu, walau pun mungkin cikgu tak menyedarinya, kerana ia telah wujud semenjak hari pertama cikgu menjadi cikgu.
Pupuklah aura tersebut supaya ia terus dapat membantu cikgu. Cari masa dan tempat yang sesuai misalnya di muka pintu sebelum keluar ke sekolah atau sedang memanaskan enjin kereta. Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam. Pupukkan dan bayangkan rasa bahagia cikgu semasa mengajar dan buangkan rasa marah, sedih dan dendam dalam diri, minda dan hati. Buangkan jauh-jauh....jauh-jauh... hadirkan dan rasakan rasa tenteram, bahagia dan gembira bila berhadapan dengan anak didik cikgu..Rasakan kebahagiaan itu perlahan-lahan datang ke dalam hati...
Thursday, May 8, 2008
Pelancaran Program Pembestarian Sekolah Daerah Maran

Bagi cikgu-cikgu yang berkenaan di daerah Bera jangan leka kerana di daerah kita juga ada beberapa aktiviti yang berkaitan ICT yang memerlukan komitmen cikgu-cikgu tertentu.
Pertama, Pertandingan Pembinaan Laman Web Sekolah-Sekolah Daerah Bera. Kedua, kemaskini pemantauan online alatan ICT sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Ketiga, update laman sekolah-sekolah sedia ada oleh semua guru-guru yang telah diamanahkan kerana pelancaran laman web 'PPD Bera.net' akan disempurnakan sempena sambutan Hari Guru Daerah Bera. Keempat, pertandingan keceriaan makmal komputer dan pusat akses sekolah.
Jangan lupa juga karnival NILAM sempena sambutan Hari Guru Daerah Bera, Penilaian Bintang PERPUSPA yang diadakan setiap tahun.
Begitulah beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian yang dapat saya sebutkan kali ini. Rasanya ada lagi yang mungkin terkeluar dari ruang minda saya kali ini. Jangan kita rasa daerah kita tak ada program serius yang perlu diberi perhatian.
Ha ha. Inilah yang saya katakan sebenarnya saya nak taip untuk posting yang lalu. Tapi tak 'seindah pertama kali saya taip'.
MAAF JIKA AYAT SAYA TIDAK MENGIKUT TATA BAHASA MELAYU YANG BERKUALITI. Kalau cikgu Sarji dan cikgu Shahrulnizam baca mesti kena marah nih. Nanti kalau ada masa saya nak minta dia orang upload artikel karya mereka untuk tatapan kita bersama. Insya Allah. Sesiapa yang nak hantar artikel atau cadangan atau apa-apa sahaja untuk dimuatkan dalam blog ini, sila emailkan ke pkg_triang@yahoo.com
Amacam Keputusan PTK Cikgu
Ada yang sangat serius dengan hal PTK ni, ada pulak yang sambil lewa jer. Tak kisahlah asal bahagia.
Sebenarnya saya dah taip untuk posting hari ni dengan tajuk yang berbeza, tapi entah macamana schoolnet kat sini problem pulak. Tak bolehlah nak upload, nak save pun tak boleh. Kecewa betul. Itulah kelemahan blog ni, kena buat online kalau tak dapat akses internet, putuslah harapan.
Kepada Penyelaras ICT, jangan lupa update maklumat pemantauan online sekolah cikgu. Lengkapkan dari masa ke semasa. Buat sikit-sikit, lama-lama siap juga.
SELAMAT MAJU JAYA
Monday, May 5, 2008
Petua Nak Beli Komputer???
Salam ceria Ismail,
Dunia kini sedang berada di dalam era teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Justeru, kerajaan telah menggalakkan rakyat Malaysia memiliki komputer serta mempelajari ICT agar kita tidak ketinggalan dengan teknologinya malah dapat sama-sama bersaing dengan semua negara maju.
Perkara pertama yang perlu diteliti ialah keperluan PC itu dibeli. Biasanya, PC dibeli untuk tujuan kerja-kerja ringan dan berat.
Bagi pelajar kursus-kursus pengurusan, perakaunan, ekonomi, pendidikan, kerja sosial dan lain-lain lagi serta bagi pekerja di pejabat, memadai jika mereka memilih spesifikasi PC yang sederhana sahaja kerana keupayaan yang diperlukan hanyalah
untuk menaip tugasan dan sebagainya di samping mendengar lagu MP3, menonton VCD dan bermain game.
Tetapi bagi mereka yang berada di dalam bidang IT, Multimedia, pengkomputeran dan kejuruteraan, mereka perlu memiliki PC yang berkeupayaan tinggi untuk tugas-tugas berat seperti pengaturcaraan, mengedit grafik, membuat animasi, mengedit video dan sebagainya.
Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah kemampuan kewangan kita. Bagi mereka yang hanya memerlukan spesifikasi PC yang sederhana tetapi berkemampuan untuk membeli PC berkeupayaan tinggi, maka memilih PC berkeupayaan tinggi adalah lebih baik untuk kepuasan dan kepantasan.
Tetapi bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan adalah lebih baik mereka membeli PC berkeupayaan rendah atau sederhana yang mana ianya boleh ditingkat upaya apabila berkemampuan kelak.
Seterusnya, kita perlu menentukan PC yang terbaik bagi keperluan kita. Terdapat pelbagai jenis PC baru daripada yang termurah kira-kira RM1500 hinggalah yang termahal bernilai RM9500 di pasaran.
PC yang boleh dipilih dibahagikan kepada tiga iaitu PC serasi IBM atau popular dengan gelaran PC klon, PC jenama seperti Mac daripada Apple, HP, Acer, Fujitsu dan banyak lagi serta PC pasang sendiri, di mana komponen-komponen komputer dibeli berasingan dan dipasang sendiri oleh pembeli.
Bagi saya, PC yang terbaik untuk dipilih adalah PC klon (tidak berjenama), kerana ianya lebih murah, mudah ditingkat upaya serta mempunyai keupayaan yang sama seperti komputer-komputer jenama.
PC jenama pula mahal, sukar ditingkat upaya dan terdapat yang tidak mempunyai kebolehan menambah perkakasan
yang daripada lain seperti kad grafik, kad bunyi, pencetak, pengimbas dan kamera web. Ianya hanya membenarkan perkakasan dan komponen daripada jenama yang sama seperti komputer keluaran Apple.
Namun ada juga PC berjenama yang boleh ditingkat upaya dengan mudah tanpa perlu menggunakan jenama perkakasan
tertentu seperti Acer.
Kelebihannya, PC jenama mempunyai kemudahan jaminan, baikpulih, mudah dihubungi serta tidak mudah rosak. Pemasangan sendiri PC pula amat sukar bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi di dalam dunia pengkomputeran kerana ianya memerlukan kemahiran bukan sahaja di dalam memasang tetapi mengkaji keserasian komponen serta mendapatkan komponen-komponen daripada pembekal.
Untuk memilih PC, kita perlu mengumpulkan seberapa banyak maklumat daripada peniaga-peniaga PC. Bandingkan harga yang ditawarkan, keupayaannya serta kemudahan yang ditawarkan seperti jaminan, baikpulih dan kemudahan hubungan.
Terdapat peniaga yang menawarkan pelbagai perkara seperti perkakasan percuma, akaun internet, bayaran ansuran. Namun, kita perlu berhati-hati dengan mereka kerana kemungkinan penipuan boleh berlaku, lebih-lebih lagi jika memilih PC klon. Oleh itu, kita perlu memberikan seberapa banyak pertanyaan kepada peniaga terbabit sebelum membeli PCnya.
Mintalah bantuan daripada rakan-rakan yang pernah membeli PC. Semoga pilihan anda menepati keperluan dan kehendak anda.
Ikhlas dari,
Zaki
www.LajukanPC.com
Doa Untuk Kebahagiaan Diri
Pembinaan blog sesuatu yang amat mudah, tetapi nak nak 'maintain' menjadi sesuatu yang agak sukar. Kalau cikgu nak belajar buat blog sendiri sangat mudah. Lain kali saya cerita lagi mengenai blog ni. Ada yang dah mahir kita boleh bertukar-tukar pendapat.
Hari ini saya nak sentuh satu perkara yang saya rasa boleh dijadikan iktibar untuk kita. Saya mempunyai seorang kawan, yang mempunyai cita-cita besar. Mahu menjadi jutawan dan membimbing orang lain jadi jutawan, dan saya lihat memang dia berusaha ke arah itu dan sedang menuju ke arah itu. Saya doakan semoga dia berjaya.
Apa yang yang saya nak taipkan di sini bukanlah tentang cita-citanya, tetapi satu ungkapan yang pernah dia ucapkan kepada kami yang berseminar dengannya. "Jika anda dizalimi anda mempunyai satu doa yang makbul, jadi jangan doakan kecelakaan kepada si zalim tu, tapi doakan untuk kebahagian, kejayaan, kekayaan atau apa sahaja kebaikan untuk diri, keluarga dan sesiapa sahaja yang anda suka"
Pengajaran. Yang pertama jangan menzalimi sesiapa sahaja (walau kepada non-muslim) dengan apa cara sekalipun kerana doa mereka dimakbul Allah. Kedua, jangan kita mudah mendoakan kecelakaan kepadanya, lebih baik kita doakan kesejahteraan diri kita. Kezaliman sudah pasti dibalas oleh Allah. Maka jadilah kita orang yang sabar secara 'auto'. Mudah-mudahan.
SAMPAIKANLAH KEBAIKAN, JIKA KAMU TIDAK DAPAT MELAKUKANNYA BOLEH JADI ORANG LAIN BOLEH.
Thursday, May 1, 2008
Moh join 'Task Force' Daerah Bera
Tujuan TF ini ditubuhkan supaya agihan tugas dapat dilaksanakan oleh cikgu yang lebih mahir dan sanggup memberi komitmen kepada bidang yang diminati. Di samping itu juga dapat memberi kemahiran kepada pelapis-pelapis dalam bidang-bidang tertentu. Cikgu boleh menawarkan diri atau mencadangkan rakan guru lain yang dipastikan boleh memberi komitmen kepada tugasan yang berkenaan.
Jika cikgu ingin menyertai mana-mana TF atau ada cadangan mana-mana guru boleh hubungi PKG Bera (Tel: 2462420; Email: pkg_bera@yahoo.com) atau PKG Triang (Tel: 2446248; Email: pkg_triang@yahoo.com).