PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Tuesday, April 22, 2008

Pelajar @ Cikgu Tak Pandai Guna Mikrofon

Maaf semalam 21/4/2008 tidak ada posting kerana semua team PKG betugas di Pusat Ko Pahang Cawangan Bera (Program Perkhemahan Kadet Bomba Daerah Bera - lebih 400 peserta). Hari ini bertugas menyediakan prasarana untuk Seminar Celik Kualiti oleh SIRIM di Dewan Wawasan, SMK Bandar Kerayong.

Apabila selalu terlibat sebagai petugas siaraya, saya melihat ada satu perkara yang patut saya sebutkan pada kali ini, iaitu kemahiran menggunakan mikrofon apabila bercakap dalam perhimpunan, ucapan perasmian, ceramah atau syarahan, hafazan, tilawah, nasyid, coral speaking dan lain-lain aktiviti pelajar. Kebanyakan pelajar, mungkin juga guru masih kurang mahir menggunakan mikrofon. Ada yang terlalu hampir atau terlalu jauh dengan mikrofon menyebabkan suara terlalu kuat atau terlalu perlahan. Lebih malang lagi takut dengan mikrofon. Cikgu mesti memberi kemahiran kepada pelajar menggunakan mikrofon terutama yang melibatkan pertandingan-pertandingan tertentu supaya mereka biasa mengguna dan membetulkan apa-apa yang perlu dengan sendiri tanpa terlalu mengharapkan kru siaraya atau guru pembimbingnya. Dan guru pembimbing mesti tahu asas nak guna mikrofon supaya boleh membantu anak buahnya.

Saya tak bermaksud untuk menerangkan satu persatu di sini. Jika biasakan diri menggunakan mikrofon dan sentiasa peka semasa menggunakanya kita akan dapat kemahiran bagaimana nak melaraskan keperluan kita apabila menggunakan mikrofon dengan sendirinya. Berlatih syarahan atau hafazan dan sebagainya tanpa mikrofon, kemudian semasa pertandingan peserta mesti panik mendengar suaranya sendiri dan tidak dapat mengawal perasaan dan suaranya sudah pasti tidak menepati piawai sepatutnya, lebih buruk lagi hilang tumpuan dan terlupa........

Contoh: Pernah berlaku dalam satu pertandingan nasyid, mereka berlatih tidak pernah mengunakan pembesar suara. Semasa pertandingan masing-masing mahukan seorang satu mikrofon. Apa jadi seterusnya.... Tentu cikgu boleh bayangkan.

Cikgu yang bertanggung jawab juga perlu memberi pertimbangan kepada kemampuan peralatan siaraya yang boleh disediakan. Kemampuan maksimum PKG hanya boleh menyediakan 4 mikrofon sahaja pada satu masa. Sebanyak itu sahaja lubang nak dicucuk mikrofon tersebut, kalau minta lebih apalah daya kami. Faham-faham sahaja lah.. mana ada set PA Sistem di Bera ni boleh cucuk sampai 10 mikrofon sekaligus

Rasanya cukuplah saya melalut kali ini, yang penting cikgu yang berkenaan kena ajar anak buahnya guna mikrofon dan membuat pelarasan sendiri jika berlaku masalah-masalah kecil semasa pertandingan. Orang kata 'pandai ejas sendiri' dan boleh kawal suaranya... Minta bantuan dengan guru siaraya disekolah cikgu.

Sekian, mohon maaf..

No comments: