PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Sunday, April 20, 2008

Apa khabar cikgu pada hari Ahad ini??

Apa khabar cikgu pada hari Ahad ini? Semoga semuanya baik-baik belaka dan sentiasa bahagia. Mungkin ada kalangan cikgu berehat-rehat di rumah bersama keluarga. Ada yang mengambil masa mencuci kereta, terutamanya yang mengajar di sekolah pendalaman. Ada yang 'balas dendam' tidur sampai tengah hari kot? Tak kisahlah asal bahagia.

Walau bagaimanpun ada cikgu-cikgu kita yang terpaksa bertungkus-lumus memberi komitmen kepada beberapa program walau pada hari cuti begini. Syabas dan tahniah. Ada cikgu kita yang terlibat dengan Kejohanan Ping Pong Peringkat Negeri Pahang di Dewan SJKC Triang 1 (16 - 20 April). Pihak PKG pun hanya diwakili En. Hidir mengendalikan siaraya dibantu oleh guru SJKC Triang 1. Berapa ramai cikgu yang terlibat? Syabas dan tahniah sekali lagi di atas komitmen cikgu-cikgu semua.

Program Perkhemahan Kadet Bomba Daerah Bera (21-24 April) di Pusat Ko Cawangan Bera, SK LKTP Triang 2 (tapi berada di LKTP Triang 1. Awas sesiapa yang kali pertama ke sana, cikgu boleh tersalah ke tempat lain). Ada lagi ke cikgu yang tak pernah ke Pusat Ko? Mereka yang terlibat ada yang telah mula berkhemah di sana sejak hari Sabtu lagi. Berapa ramai cikgu yang mengorbankan masa selesa mereka bersama peserta pelajar dengan komitmen yang tinggi. Biasanya perkhemahan di sini mesti kena hujan punya!! Bayangkan terpaksa berlumpur bersama pelajar-pelajar mereka.

Dan entah berapa banyak lagi program yang meminta komitmen cikgu yang saya sendiri tak dapat nak membilangnya. Sehingga ada Guru Besar tertentu terpaksa tidak membenarkan cikgu sekolahnya keluar kerana tidak cukup cikgu nak kawal kelas di sekolah.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua cikgu yang telah memberi komitmen yang tinggi mejayakan program-program pendidikan di daerah Bera. Semoga keikhlasan dan kesungguhan cikgu-cikgu dapat meningkatkan aura kependidikan dalam diri cikgu sepanjang masa.

No comments: