PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Sunday, January 3, 2010

Status Penarafan PSS (iQ-PSS)

Berikut adalah cacatan ringkas Status Penarafan PSS (iQ-PSS) yang GPM key in online tempoh hari. PKG Triang dan PKG Bera mencapai 100% siap. Syabas cikgu-cikgu GPM daerah Bera. Pencapaian mengikut negeri seperti berikut:

1. Kedah: 98.92%
2. Melaka: 100 %
3. Pahang: 92.93%
4. Perlis: 90.10 %
5. P. Pinang 100 %
6. W.P. Labuan: 100% ... negeri lain ada yang hanya 10%

Syabas Pahang dan Daerah Bera... dan daerah-daerah lain juga... untuk maklumat penuh klik di sini
klik gambar untuk lebih jelas

4 comments:

Fadzliaton Zainudin said...

Syabas dan tahniah kepada PKG Triang dan PKG Bera kerana mengambil berat terhadap kepentingan maklumat berkaitan iQ-PSS. Maklumat ini akan digunakan untuk pembangunan PSS.

Anonymous said...

Terima kasih Pn. Fadzliaton. Tahniah sebenar adalah kepada GPM, jika tidak kerana tindakan segera mereka sudah pasti PKG pun tak ke mana. Semoga kerjasama dan komitmen cikgu-cikgu semua sentiasa berterusan. Untuk pengetahuan cikgu-cikgu semua Pn. Fadzliaton adalah pegwai yang menguruskan iQ-PSS di BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia

Ismail_PKG said...

Maklumat yang sebenar

Pn. FADZLIATON ZAINUDIN
Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Fadzliaton Zainudin said...

En. Ismail dan Anonymous, kedua-dua maklumat pun betul. Untuk rekod, dua tahun lamanya saya menjual idea untuk dapatkan iQ-PSS ni sebab di KPM kita sentiasa bermain dengan data tetapi data berkaitan Pusat Sumber Sekolah tak ada yang terpusat, tak lengkap, kena kira lg dan macam-macam masalah lagi. Tetapi kita memerlukan pegawai-pegawai yang faham akan kepentingan perkara ini. Sekiranya pegawai kita sendiri tak faham, tu yang kita tengok ada PKG yang tak jalan langsung. (Sob...sob...) Begitu juga dengan GPM kita yang sentiasa memberi sokongan. Untuk makluman, saya juga Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber yang menguruskan Pusat Sumber BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah. Banyak lagi penambahbaikan yang akan kita laksanakan bagi meningkatkan pengurusan PS pada tahun ini dan kerjasama semua pihak amat dihargai.