PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Monday, January 18, 2010

FWD: Laman Web Bahan Bacaan BI Project Child


Salam 1Malaysia

Kehadapan,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah membangunakan sebuah laman web yang beralamat http://projectchild.net

Laman web ini dibina sebagai inisiatif untuk mengadakan sebuah perpustakaan digital dalam talian yang boleh diakses pada bila-bila masa di mana-mana sahaja bagi P&P BI peringkat rendah.

Di dalam laman web ini, terdapat pelbagai cerita BI yang boleh dibaca para murid. Menariknya cerita-cerita ini ialah kerana kelebihan elemen interaktif dengan ilustrasi,animasi dan suara serta muzik.

Tuan/puan silalah melawat laman web ini dan diharapkan tuan/puan dapat menghebahkan kepada sekolah-sekolah dan guru-guru serta para murid tentang laman web ini.

Kita sendiri boleh mendaftar dan mempelajari BI secara mudah melalui Modul yang telah disediakan. Ambillah peluang keemasan ini untuk memperbaiki diri kita.

Sekian, terima kasih dan layarilah laman web ini.

Datin Che Normadiah Hj Che Abbas
Ketua Unit Pengurusan Literasi Maklumat
Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan

No comments: