PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Wednesday, October 14, 2009

Program Gerakan Tabiat Membaca KPM 2009


Berikut ialah petikan kandungan memo dalaman yang diharap dapat menerangkan maksud di atas:

Kepada: Semua KPP BTPN
Daripada: Pengarah BTP, KPM.

Adalah dimaklumkan bahawa Program Gerakan Galakan Membaca merupakan salah satu aktiviti utama KPM yang diurusetia oleh BTP. Program ini bertujuan membinqa tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.

Salah satu aktiviti yang dicadangkan dlam program ini ialah Kem Membaca 1 Malaysia yang akan dilaksanakan mulai 26 Oktober - 5 November 2009. Majlis Pelancaran Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Sekolah Wawasan, Subang Jaya, Selangor pada 30 Oktober 2009.

Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk melaksankan aktiviti pembacaan bersama-sama Jabatan Pelajaran Negeri bagi menjayakan Kem ini disemua sekolah. Satu laporan mengenai pelaksanaan kem ini perlu disedia dan diserahkan kepada pejabat KPPM untuk dipanjangkan ke pejabat KPPM untuk dipanjangkan ke pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran sebgai salah satu cara untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.-------

Jadi diharapkan sekolah-sekolah dan GPM bersedia awal bagi melaksanakan program ini.... Pihak PPD Bera dan PKG akan segera berbincang bagi melaksanakan program tersebut dengan cadangan aktiviti yang telah dirangka untuk SM dan SR (yang akan dimaklukan kemudian dng kadar segera)... Pelancaran akan dilaksanakan serentak seluruh negara dengan aktiviti yang dicadangkan....

Satu sekolah menengah dan satu sekolah rendah akan dipilih untuk pelancaran peringkat daerah Bera.... Jika ada sekolah yang menerima maklumat ini dan bercadang menawarkan diri diminta menghubungi En. Mohd Sabri Yasin (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Bera) atau PKG

Maklumat lanjut akan dimaklumkan.....

1 comment:

Anonymous said...

PlesteSteds
[url=http://healthplusrx.com/herbs-for-stress]herbs for stress[/url]
thywheway