PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Friday, October 9, 2009

Pemasangan LAN Sekolah-Sekolah Negeri Pahang


Projek pemasangan Sistem Rangkaian (LAN) melibatkan 50 sekolah di negeri Pahang bagi Fasa I. Hanya dua sekolah di daerah Bera yang terlibat iaitu SMK Bandar Kerayong (PKG Triang) dan SK LKTP Bukit Mendi (PKG Bera). Pemilihan untuk pemasangan LAN ini dilakukan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, bukan BTP, BTPN, PKG atau JPN.

Bagi tujuan ini satu sistem rangkaian internet (LAN) akan disambungkan ke bilik-bilik utama seperti pejabat, bilik guru, PSS dan lain-lain yang difikirkan sesuai (tidak melibatkan makmal komputer).

Pemasangan di Pahang telah mula dilaksanakan dengan SK Teruntum, Kuantan sebagai sekolah pertama. Sekolah-sekolah lain tu, tunggulah giliran. Semua sekolah seluruh Malaysia terlibat mengikut fasa.

Ini hanya maklumat awal dan diharapkan sekolah berkenaan bersedia dari segi fizikal dan mental bagi pemasangan tersebut. Penyelenggaraan ICT menjadi keutamaan di sekolah tersebut supaya pemasangan berjalan lancar. Diharapkan rangkaian ok dan komputer di sekolah pun ok.

No comments: