PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Monday, October 26, 2009

Penilaian Anugerah NILAM Negeri Pahang

Alhamdulillah pada tahun ini Daerah Bera diwakili oleh 5 orang pelajar bagi menghadiri penilaian NILAM peringkat negeri Pahang yang diadakan mulai hari ini 26.10.2009 hingga 29.10.2009.

Pelajar tersebut iaitu 3 orang mewakili Sekolah Rendah Luar Bandar - SK LKTP Kumai, SK Kuala Triang dan SK Kemayan (gambar dan nama akan dimaklumkan kemudian)

Dua orang pelajar mewakili Sekolah Menengah Luar Bandar - SMK Seri Bera. Harap maklum daerah Bera tidak ada kategori bandar - semua luar bandar. Jangan kecil hati pulak he he heh...

Sama-samalah kita doakan semoga ada yang berjaya melonjakkan nama daerah Bera. Untuk makluman, PKG telah menghantar semua nama yang layak dapat anugerah NILAM ke BTPN Pahang dan 5 orang pelajar tersebut termasuk dalam senarai pendek untuk penilai selanjutnya.

"BERA TOP FOUR"

No comments: