PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Thursday, December 31, 2009

Pemenang Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2009

Klik Jadual di atas untuk lebih jelas

Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya saya telah diarahkan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan (PSP), Puan Lucia Quek Sai Gearn, untuk menarik perhatian tuan / puan berhubung Senarai Pemenang yang telah menjuarai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan yang telah diumumkan dalam Majlis Hari Kualiti KPM. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang diadakan pada 30 Disember 2009 (Rabu) di Auditorium Parcel E, Putrajaya.

3. Syabas dan tahniah kepada semua Pusat Sumber Sekolah yang telah memenangi Anugerah tersebut dan juga kepada tuan / puan yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Selain itu, SMK Convent, Alor Setar, Kedah (Tempat Pertama Kategori Sekolah Menengah Bandar)juga telah berjaya menyandang Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

FADZLIATON ZAINUDIN
Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan
Bahagian teknologi Pendidikan
03- 2098 7848

No comments: