PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Tuesday, December 29, 2009

Pemantauan Pesiapan Kembali Buka Sekolah


Pagi tadi saya berkesempatan 'tumpang sekaki' mengikut En. Sarudin, Pegawai Kaunselor Daerah Bera membuat tinjauan ke SJKC Ldg. Kemasul dan SJKC Ldg Menteri. Kami ke sana dengan menaiki 4wD kerana jalan ke sana agak kurang selesa apatah lagi musim hujan. Bagaimanalah agaknya cikgu-cikgu yang berulang-alik ke sekolah setiap hari. Kedua-duanya adalah SKM dan Sekolah Bantuan Modal.

SJKC Ldg. Kemasul mempunyai 15 orang murid dan kesemuanya keturunan India. Manakala SJKC Ldg Menteri mempunyai 26 orang murid. Istimewanya SJKC Ldg. Kemasul telah mendapat satu sistem penapisan air bersih bawah tanah yang dibina oleh KPM yang sempurna penyerahan pada November lepas.

Capaian Schoolnet di kedua-dua sekolah tersebut adalah baik, walaupun menggunakan VSAT

No comments: