Saya bukanlah pakar dalam bidang fotografi. Kalau nak tau tentang fotografi bolehlah tanya ngan Wak Beres (PKG Pelangai) atau Zainorin (PKG Kota Gelanggi). Cuma di sini saya linkkan blog berikut untuk berkongsi ilmu... terutamanya para ft a.k.a jurugambar. Inilah linknya http://noorizamsabran.com/
PROMOSI LAMAN
-
-
MOTIVASI TAHUN 6 201115 years ago
PENGUMUMAN
Tuesday, January 19, 2010
Tips Asas Fotografi
Saya bukanlah pakar dalam bidang fotografi. Kalau nak tau tentang fotografi bolehlah tanya ngan Wak Beres (PKG Pelangai) atau Zainorin (PKG Kota Gelanggi). Cuma di sini saya linkkan blog berikut untuk berkongsi ilmu... terutamanya para ft a.k.a jurugambar. Inilah linknya http://noorizamsabran.com/
Blog PKG Jeli, Kelantan

Saya linkkan blog PKG Jeli, Kelantan untuk perhatian cikgu semua. Semoga cikgu mendapat manfaat daripadanya. Terima kasih staf PKG Jeli, semoga semuanya bahagia selalu. Jangan lupa cikgu berikan kredit terima kasih kepada PKG Jeli.
Klik di sini: http://pkgjelikelantan.blogspot.com/
Monday, January 18, 2010
FWD: Laman Web Bahan Bacaan BI Project Child
Salam 1Malaysia
Kehadapan,
Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah membangunakan sebuah laman web yang beralamat http://projectchild.net
Laman web ini dibina sebagai inisiatif untuk mengadakan sebuah perpustakaan digital dalam talian yang boleh diakses pada bila-bila masa di mana-mana sahaja bagi P&P BI peringkat rendah.
Di dalam laman web ini, terdapat pelbagai cerita BI yang boleh dibaca para murid. Menariknya cerita-cerita ini ialah kerana kelebihan elemen interaktif dengan ilustrasi,animasi dan suara serta muzik.
Tuan/puan silalah melawat laman web ini dan diharapkan tuan/puan dapat menghebahkan kepada sekolah-sekolah dan guru-guru serta para murid tentang laman web ini.
Kita sendiri boleh mendaftar dan mempelajari BI secara mudah melalui Modul yang telah disediakan. Ambillah peluang keemasan ini untuk memperbaiki diri kita.
Sekian, terima kasih dan layarilah laman web ini.
Datin Che Normadiah Hj Che Abbas
Ketua Unit Pengurusan Literasi Maklumat
Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
SKT 2010 (Cadangan Pemantauan)
Kalau sekolah cikgu memerlukan tindakan segera dari kami, harap maklumkan segera.. terutamanya masalah konfigurasi rangkaian schoolnet. Boleh hubungi melalui telefon, hp, fax, emel, respon post ini, surat dan sebagainya. Klik jadual untuk besarkan grafik.
Tuesday, January 12, 2010
Buku Rekod Bacaan NILAM
Untuk pengetahuan JK Program NILAM di sekolah-sekolah, pembelian buku tersebut adalah seperti tahun-tahun yang lepas. Bagi sekolah rendah pembelian melalui Majlis Guru Besar, bagi sekolah menengah melalui PKPSM.
Maklumat GPB
Sekolah yang telah menghantar (tarikh akhir 15.01.2010):
1. SMK Seri Bera - 11.01.2010
2. SK Durian Tawar - 11.01.2010
3. SK Batu Papan - 12.01.2010
4. SJKC Mengkarak - 12.01.2010
5. SJKT Ladang Kemayan - 12.01.2010
6. SK Kerayong Jaya - 12.01.2010
7. SJKC Kemayan - 12.01.2010
8. SK Kemayan - 14.01.2010
9. SK Kerayong - 14.01.2010
10. SK Kuala Triang - 14.01.2010
11. SK Bukit Rok - 14.01.2010
12. SK Iskandar - 14.01.2010
13. SK Bukit Gemuroh - 14.0.2010
14. SJKC Triang 1 - 14.01.2010
15. SJKC Triang 2 - 14.01.2010
16. SJKC Kemasul - 14.01.2010
17. SJKT Ladang Menteri - 14.01.2010
18. SJKT Ladang Karmen - 14.01.2010
19. SJKC Kemasul - 14.01.2010
20. SK Seri Buntar - 14.01.2010
21. SMK Kemayan - 13.01.2010
22. SMK Bandar Kerayong - 14.01.2010
23. SJKC Ladang Menteri - 14.01.2010
24. SJKC Kerayong - 14.01.2010
25. SMK Triang - 15.01.2010
26. SK Bohor Baru - 15.01.2010
27. SMK Mengkarak - 15.01.2010
Maklumat GPM
Sekolah yang telah menghantar (tarikh akhir 15.01.2010):
1. SJKT Ladang Kemayan - 11.01.2010
2. SK Durian Tawar - 10.01.2010
3. SJKC Mengkarak - 11.01.2010
4. SK Bukit Gemuruh - 12.01.2010
5. SJKC Triang 2 - 12.01.2010
6. SMK Kemayan - 13.01.2010
7. SMK Triang - 14.01.2010
8. SMK Mengkarak - 14.01.2010
9. SK Kemayan- 14.01.2010
10. SK Kerayong - 14.01.2010
11. SK Kuala Triang - 14.o1.2010
12. SK Bukit Rok - 14.01.2010
13. SK Kerayong Jaya - 14.01.2010
14. SJKC Triang 1 - 14.01.2010
15. SJKC Kerayong - 14.01.2010
16. SJKC Kemasul - 14.01.2010
17. SJKT Ladang Karmen - 14.01.2010
18. SJKC Kemayan - 12.01.2010
19. SK Kerayong Jaya - 14.01.2010
20. SK Kemayan - 14.01.2010
21. SK Sri Buntar - 14.01.2010
22. SJKC Ladang Menteri - 14.01.2010
23. SMK Bandar Kerayong - 14.01.2010
24. SMK Seri Bera - 14.10.2010
25. SK Batu Papan - 15.01.2010
26.
27.
28.
SYABAS DAN TAHNIAH SEMUA SEKOLAH DAH MENGHANTAR PADA 15.01.2010
Monday, January 11, 2010
Correct timing to take water
Email : mohamad alias idris
Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.
Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs
One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion
One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure
One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack
Sunday, January 10, 2010
PERHATIAN...!!! KHASIAT BUAH PISANG
Perhatian:Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Kursus NILAM SMK Mengkarak
Friday, January 8, 2010
Pungutan Salinan Kad Harta Modal ICT 2005 - 2009
- SK Durian Tawar (06.01.2010)
- SJKC Mengkarak (06.01.2010)
- SK Bohor Baru (07.01.2010)
- SJKC Kerayong (07.01.2010)
- SJKT Ladang Karmen (07.01.2010)
- SJKC Triang 2 (07.01.2010)
- SK Iskandar (08.01.2010)
- SJKC Kemayan (08.01.2010)
- SMK Bandar Kerayong - 13.01.2010
- SK Kerayong - 14.01.201
- SK Bukit Rok - 13.01.2010
- SK Sri Buntar - 14.01.2010
- SMK Mengkarak
- SMK Seri Bera
- SJKC Triang 1
- SJKC Kemasul
- SJKC Ladang Menteri
Thursday, January 7, 2010
Pemasang Kampus ASTRO di PKG Triang
Wednesday, January 6, 2010
Sayangi Sekolah: Pendekatan sendiri
Oleh Amir Hamzah Nordin
SUDUT tokoh pemimpin negara diwujudkan bagi membolehkan SUDUT tokoh pemimpin negara diwujudkan bagi pelajar mengenali dan menyingkap sejarah negara. |
Muzium mini SMKI pamer warisan budaya, tradisional
SEKOLAH Menengah Kebangsaan Inderapura (SMKI), Jerantut, mempunyai pendekatan tersendiri bagi mempamerkan pelbagai warisan budaya dan tradisional dengan mewujudkan muzium mini budaya.
Pewujudan muzium itu antara lain bertujuan menjadikan koleksinya sebagai bahan rujukan dan sumber maklumat tambahan terutama di kalangan pelajarnya.
Muzium mini itu dilengkapi pelbagai warisan, antaranya alat muzik, peralatan menangkap ikan, pakaian dan bahan hantaran pengantin, pelamin Melayu, sudut bahan tembikar, replika rumah kampung dan alat permainan tradisional Melayu.
Selain itu, foto raja-raja Melayu dan tokoh kemerdekaan, kumpulan wang lama, kelarai dan anyaman tradisional, bahan rempah ratus, sudut kecemerlangan SMKI, batik canting dihasilkan pelajar serta sudut tokoh pemimpin negara.
Pengetua SMKI, Rusma Md Taha, berkata muzium mini budaya itu diwujudkan juga bertujuan mendedahkan pelajar mengenai warisan kebudayaan, selain sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran tambahan.
| BATIK canting dihasilkan pelajar SMKI turut dipamerkan. BATIK canting dihasilkan pelajar SMKI turut dipamerkan. |
“Pewujudan muzium mini budaya ini berupaya meningkatkan pengetahuan umum pelajar, di samping menggalakkan mereka menghargai warisan kebudayaan negara.
“Bahan dipamerkan disumbangkan pelajar, masyarakat setempat, guru dan sebahagiannya dibeli,” katanya.
Rusma menjelaskan muzium mini itu sebahagian rangkaian kemudahan Pusat Sumber Sekolah (PSS), selain perpustakaan, galeri maklumat pencegahan dadah, sudut hasil kerja kreatif pelajar, laman santai, kolam informatif dan tapak riadah.
Sementara itu, Penyelaras PSS SMKI, Habibah Iderus, berkata hasil kerjasama semua pihak sekolah itu berjaya mewujudkan rangkaian kemudahan PSS menyeluruh sebagai saluran maklumat berkesan kepada pelajar.
“PSS sekolah ini juga mempunyai ‘cawangan’ di Perkampungan Orang Asli Sungai Kiol yang lengkap perpustakaan mini dan galeri. Bahannya dikumpulkan dari semasa ke semasa.
“Cawangan ini diwujudkan sebagai kemudahan bagi kira-kira 70 pelajar Orang Asli sekolah kami menggunakan kemudahan itu walaupun rumah mereka jauh dari sekolah,” katanya.
Beliau berkata, sekolah itu mendapat kejayaan berganda tahun lalu apabila muncul juara PSS Peringkat Negeri Pahang dan juara Pendidikan Pencegahan Anti Dadah peringkat kebangsaan.
Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah
Tuesday, January 5, 2010
Senarai Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
- Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
- Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat SumberSekolah.
- Merancang dan mengurus belanjawan tahunan pusat sumber sekolah.
- Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
- Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
- Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
- Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
- Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
- Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif.
- Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
- Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.
- Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
- Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
- Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.
- Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
- Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
- Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah (Oktober) dan NILAM (April dan Oktober) kepada BTP melalui PKG dan BTPN setiap tahun.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
[Diambil dari BUKU PANDUAN TUGAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM) terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007]
PUSAT SUMBER SEKOLAH
- Merancang peranan, kepentingan dan perkembangan Pusat Sumber Sekolah.
- Menentukan segala hal yang berkaitan dengan kemudahan fizikal dan aktiviti tertentu seperti pameran dan sebagainya.
- Menentukan dasar dan membuat cadangan-cadangan pemilihan dan pembelian bahan.
- Pengurusan penggunaan seperti menentukan jadual waktu Pusat Sumber Sekolah.Menentukan peraturan-peraturan Pusat Sumber Sekolah.
- Merancang aktiviti tahunan yang sepatutnya diadakan.
- Merancang program untuk mendapatkan sumbangan dalam berbagai bentuk bagi penambahan koleksi bahan Pusat Sumber Sekolah.
- Merancang dan merangka strategi untuk mendapat sumber-sumber kewangan bagi menambah wang Pusat Sumber Sekolah.
Semarakkan PSS dan NILAM Daerah Bera 2010
Mari kita semarakkan PSS dan NILAM daerah Bera pada 2010. Salah satunya kita hebahkan peranan dan aktiviti PSS sekolah masing-masing. Cara paling mudah ialah menggunakan blog, contohnya ialah seperti apa yang telah dilakukan oleh Cikgu Norsiah daripada SMK Mengkarak.
Setiap hari hanya satu gambar atau berita dipostkan sudah memadai untuk memeriahkan PSS daerah Bera. Jika 48 sekolah daerah Bera mengambil langkah yang sama, kita ada 48 berita sehari dari daerah Bera.
Klik di sini untuk ke Blog PSS SMK Mengkarak
Selamat Maju Jaya
Pungutan Salinan Kad Harta Modal ICT 2005 - 2009
Sunday, January 3, 2010
SKT PKG 2010
Fungsi 1: Memantau Menyelaras, Menilai dan Memberi Khidmat Bantu PSS dan Gerakan Membaca.
1.1 Memantau dan memberi khidmat nasihat Pusat Sumber Sekolah
1.2 Memberi Khidmat Bantu Pengurusan dan Aktiviti PSS
1.3 Mengendali dan mengurus
1.3.1 Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
1.3.2 Bengkel Teknologi Pendidikan
1.4 Mesyuarat Aktiviti Program Untuk GPM
Fungsi 2: Menyelaras, Menilai, Membantu, Dan Memberi Khidmat Sokongan Pelaksanaan Inisiatif ICT Di Sekolah.
2.1 Memantau Aktiviti dan khidmat nasihat Program ICT Sekolah.
2.1.1 Makmal Komputer
2.1.2 Schoolnet
2.1.3 Pusat Akses
2.1.4 PPSMI
2.1.5 Aplikasi ICT
2.1.6 Inisiatif ICT
2.2 Memberi Khidmat Bantu program ICT
2.2.1 Teknikal ICT
2.2.2 Makmal Komputer
2.2.3 Schoolnet
2.2.4 Pusat Akses
2.2.5 PPSMI
2.2.6 Aplikasi ICT
2.2.7 Inisiatif ICT
2.2.8 Konfigurasi Rangkaian
2.3 Mengendali dan Mengurus Bengkel ICT untuk Guru Penyelaras Bestari/ICT
2.4 Memberi perkhidmatan sokongan inisiatif ICT sekolah
2.4.1 STS
· Perkakasan
· Perisian
2.5 Mesyuarat Pengurusan Program Untuk GPB/ICT
Fungsi 3 : Mengumpul Data Asas Teknologi Pendidikan Bagi Tujuan Penilaian Dan Pelaksanaan Dasar Teknologi Pendidikan.
3. 1 Mengumpul Data Asas Teknologi Pendidikan
3.1.1 ICT:
3.1.2 PSS:
3.1.3 Pembangunan Sumber Manusia
Fungsi 4: Menyediakan dan Menyebar Bahan Sumber Pendidikan Dalam Pelbagai Media.
4.1 Membantu menghasilkan bahan sumber pelbagai media.
Fungsi 5: Melaksana, Mempromosi Dan Mengalakkan Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam P&P.
5.1 Membantu duplikasi bahan-bahan daripada BTP/BTPN/PKG
5.1.1 DVD/VCD/CD
5.2 Menyebarkan bahan-bahan daripada BTP/BTPN
5.2.1 Bahan cetak
5.2.2 Bukan cetak
5.3 Menyebarkan bahan-bahan promosi daripada BTP/BTPN/PKG dalam pelbagai bentuk.
5.3.1 poster
5.3.2 brosur
5.3.3 kelendar
5.3.4 buletin
5.4 Mesyuarat Jawatankuasa
5.4.1 Mesyuarat JK Pengurusan Aktiviti PKG
5.4.2 Mesyuarat 4 JK Kecil Aktiviti PKG.
Contoh Blog Sekolah-Sekolah Seluruh Malaysia
Salah satu contoh ialah SK Beris Panchor
Status Penarafan PSS (iQ-PSS)
1. Kedah: 98.92%
2. Melaka: 100 %
3. Pahang: 92.93%
4. Perlis: 90.10 %
5. P. Pinang 100 %
6. W.P. Labuan: 100% ... negeri lain ada yang hanya 10%
Syabas Pahang dan Daerah Bera... dan daerah-daerah lain juga... untuk maklumat penuh klik di sini

