PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Thursday, December 31, 2009

Ketua-Ketua PKG

Untuk pengetahuan cikgu-cikgu, ketua staf di PKG dipanggil Ketua PKG. Berikut adalah gambar-gambar Ketua PKG Pahang. Saya akan edit nama-nama mereka dari semasa ke masa.... Yang tak tersenarai tu, minta maaf yek. Ini sahaja yang termampu

Dari kanan ke kiri: En. Sahar (PKG Kuala Krau), En. A. Ramlee (PKG Bandar Maran), Tn. Presiden PKG Phg, En. Mansor (PKG Jaya Gading)

En. Raduan (PKG Cameron Highlands)

Dari kanan ke kiri: En. Sumsudin (PKG Bandar Mentakab), En. Zulbaharin (PKG Bandar Temerloh), En. Khairi@Tok Empat - memang betul Tok Empat bukan saja nak gelor (PKG Lancang), Ust. Hamzah (PKG Bandar Lipis)

Kiri sekali, En. Rosman (PKG Pekan - 64 skolah ahli kelompok). Kanan sekali Ust Fauzi (PKG Teruntum - dulu pernah mengajar di SK Iskandar)


Geng Raub dari kiri: En. Zulhisyam (PKG Bandar Raub), En. Nazri (PKG Dong), En. Hisyamudin (PKG Batu Talam)
Geng Rompin. Kanan sekali, En. Abd Hadi @ Abang Adi (PKG Bandar Rompin)

Geng Bentong: Dari kiri, En. Yusri @ Wak Beres (PKG Pelangai), En. Zulkifli (PKG Karak)

Geng Lipis. Dari kiri, En. Abu Bakar (PKG Padang Tengku), En. Faisal (PKG Benta)

Geng BTPN. Dari Kanan En. Rashdan, En. Abdullah (lagi orang Bera), En. Muhamad, En. Ab. Razak

Dari kanan: En. Azman (PKG Tahan), En. Azhar (PKG Pantai) dlln.]

Geng Maran. Dari kiri, Tn. Hj. Zuli (PKG Chenor), En. Yasin (PKG Jengka), En. Nosri - dah dapat tawaran DG41 ke sekolah (PKG Bandar Pusat)
Kiri sekali, En. Asziri (PKG Bandar Jerantut)

Gambar bawah ni, taiko En. Hisamuddin (PKG Bera) - tak datang mesyuarat, asyik nak belajar jer, tak puas2 lagi jadi budak sekolah


Gambar bawah dari kiri: En. Rosdi (PKG Bandar Bentong), En. Mazlan (PKG Temin), En. Mohd Zakir (PKG Sg. Lembing)

Kepimpinan BTPN Pahang


Barisan kepimpinan BTPN Pahang. Dari kiri: Pn. Hjh. Sarefah Binti Syed Mohamed (Ketua Pembantu Tadbir); Tn. Hj. Badaludin Bin Hj. Jusoh (Penolong Pengarah - Ketua Unit Hal Ehwal PKG/Ketua Unit Pelbagai Media); Tn. Hj. Mohd. Raauf Bin Hj. Jali (Ketua Penolong Pengarah); Tn. Hj. Jonaidi Bin Osman (Penolong Pengarah - Ketua Unit Perkhidmatan dan Keangan); En. Mohamad Nordin Bin Yusof (Penolong Pengarah - Ketua Unit Pendidikan Bestari); Tn. Hj. Kamaruzaman Bin Ismail (Penolong Pengarah - Ketua Unit Latihan dan Penilaian)

Untuk semakkan lanjut klik sini

Pemenang Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2009

Klik Jadual di atas untuk lebih jelas

Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya saya telah diarahkan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan (PSP), Puan Lucia Quek Sai Gearn, untuk menarik perhatian tuan / puan berhubung Senarai Pemenang yang telah menjuarai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan yang telah diumumkan dalam Majlis Hari Kualiti KPM. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang diadakan pada 30 Disember 2009 (Rabu) di Auditorium Parcel E, Putrajaya.

3. Syabas dan tahniah kepada semua Pusat Sumber Sekolah yang telah memenangi Anugerah tersebut dan juga kepada tuan / puan yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Selain itu, SMK Convent, Alor Setar, Kedah (Tempat Pertama Kategori Sekolah Menengah Bandar)juga telah berjaya menyandang Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

FADZLIATON ZAINUDIN
Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan
Bahagian teknologi Pendidikan
03- 2098 7848

Terima Kasih En. Zainorin (PKG Kota Gelanggi)

(Dari kanan ke kiri: Koi ler tu (PKG Triang), En. Hidzir (PKG Bera), En. Kharulanuar (PKG Bandar Muazzam Shah - Tn. Presiden Badan Kebajikan PKG Pahang), En. Zamir (PKG Keratong)

Terima kasih kepada En. Zainorin kerana telah mengedarkan CD gambar-gambar yang diambil semasa Mesyuarat Penyelarasan dan Pengurusan BTPN-PKG Pahang Bil. 3/2009 pada 16 - 19 Nov. yang lalu. Satu usaha yang sangat baik terutama kepada kami yang 'pemalas' nak bawa kamera. Koi masukkan gambar koi dulu.. Gambar ketua PKG yang lain-lain akan ditambah kemudian....

Ini Gambar En. Zainorin yang 'handsome'.... masih bujang 3...

Tuesday, December 29, 2009

Pemantauan Pesiapan Kembali Buka Sekolah


Pagi tadi saya berkesempatan 'tumpang sekaki' mengikut En. Sarudin, Pegawai Kaunselor Daerah Bera membuat tinjauan ke SJKC Ldg. Kemasul dan SJKC Ldg Menteri. Kami ke sana dengan menaiki 4wD kerana jalan ke sana agak kurang selesa apatah lagi musim hujan. Bagaimanalah agaknya cikgu-cikgu yang berulang-alik ke sekolah setiap hari. Kedua-duanya adalah SKM dan Sekolah Bantuan Modal.

SJKC Ldg. Kemasul mempunyai 15 orang murid dan kesemuanya keturunan India. Manakala SJKC Ldg Menteri mempunyai 26 orang murid. Istimewanya SJKC Ldg. Kemasul telah mendapat satu sistem penapisan air bersih bawah tanah yang dibina oleh KPM yang sempurna penyerahan pada November lepas.

Capaian Schoolnet di kedua-dua sekolah tersebut adalah baik, walaupun menggunakan VSAT

Monday, December 28, 2009

Senarai Semak Pengurusan dan Penggunaan PSS

Senarai semak pengurusan dan penggunaan PSS akan diedarkan esok (29.12.2009) dalam Mesyuarat Pembentangan Senarai Semak Pengurusan Pendidikan Daerah Bera. PKG juga dipertanggungjawabkan menghasilkan senarai semak yang akan digunakan dalam Pengurusan PSS.

Sekiranya GPM atau mana-mana cikgu yang memerlukan senarai semak tersebut (soft copy) sila dapatkan dari link berikut; http://asia.groups.yahoo.com/group/pendidikanbera/files/ atau hubungi PKG Triang di pkg_triang@yahoo.com

Bagi GPM, bolehlah cikgu tampal senarai semak ini di papan kenyataan PSS supaya boleh menjadi rujukan cikgu-cikgu lain untuk mengetahui serba sikit tugas sebagai GPM, walaupun tugas sebenar jauh lebih banyak lagi..

Thursday, December 24, 2009

Menara Condong, Teluk Intan




Dalam perjalanan pulang dari Kedah, sempat juga saya singgah di Chendrong Balai, Teluk Intan menziarahi bapa saudara di sana. Sempat juga bergambar kat menara condong yang terkenal 1 Malaysia. Cikgu boleh buat carian kat goggle image untuk maklumat lanjut. Saya masukkan muka saya supaya orang tak kata saya paste dari goggle image...

Jika ada cikgu nak kongsi program balik kampung, boleh saya masukkan kat blog pkg atau cikgu ada link ke laman web cikgu sendiri, boleh saya war-warkan...

Wednesday, December 23, 2009

Keindahan Keringat Petani






Baru ni saya bercuti, balik kampung kat negeri Kedah. Kenduri bapa saudara isteri sambut menantu, kat Kampong Kota Mengkuang, Wang Tepus...

Lepas tu ke Kampong Kubang Bongor (anak-anak saya sebut Kubang Bongok, ikut lidah Pahang), kampung asal isteri saya. Inilah beberapa gambar yang sempat dirakamkan..

Wednesday, December 16, 2009

Besarnya ikan




Lihat betapa besarnya ikan tapah Kuala Tembeling. Ini memang betul, bukan temberang. Tumpang semangkuk PTP PKG Tembeling (kiri), En. Baharum. He he heh..

Tuesday, December 15, 2009

Cuba check, ada tak gambar cikgu


Klik gambar di atas untuk melihat lebih jelas

Thursday, December 3, 2009

Cacing Gergasi Makan Batu Karang

Cacing Batu Karang

Sumber: http://skkahang.wordpress.com

CORNWALL – Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1.2 meter yang dipercayai memakan batu karang dan ikan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Cacing yang dinamakan Barry itu ditemui bersembunyi di bawah batu karang apabila beberapa pekerja menggeledah akuarium tersebut selepas mendapati ikan dan batu karang di Akuarium Blue Reef hilang sejak beberapa bulan lalu.

Cacing spesies polychaete itu berasal dari laut beriklim tropika.

“Terdapat ‘benda’ yang memakan batu karang kami tetapi kami tidak tahu apakah haiwan itu. Selepas menangkapnya, kami mendapati Barry memiliki rahang pelik dan badannya dilitupi beribu-ribu bulu sengat yang boleh menyebabkan kebas pada manusia,” kata kurator akuarium itu, Matt Slater.

Menurutnya, Barry kini diasingkan ke sebuah akuarium lain.

Cacaing itu dipercayai berada dalam akuarium ketika ia masih kecil dengan bersembunyi di dalam batu karang yang dihantar. – Agensi

Wednesday, December 2, 2009

Taklimat Kampus ASTRO

Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Suhaimi Kadir (BTP), Pn. Aini Suraya dan En. Zulkarnain Hamidun daripada ASTRO semasa Perhimpunan Bulanan.

Setiap PKG dan sekolah akan mendapat bekalan baru set ASTRO bersama TV Plasma 32”. Pihak ASTRO membelanjakan RM30 juta bagi membiayai projek ini. Kontrak selama tiga tahun (01.01.2009 - 31.12.2011). Pemasangan di PKG akan bermula pada awal Januari 2010 manakala pemasangan di sekolah pula pada hujung Januari 2010.

Semoga program ini akan dimanfaat sepenuhnya oleh warga KPM bagi memaksimumkan penggunaan teknopen dalam P&P.

Sumber: http://wahi-bestari.blogspot.com/

Tuesday, November 24, 2009

Liku-Liku Jejak Pejuang



Inilah barisan pejuang yang mengharumkan pendidik daerah Bera. Semoga menjadi inspirasi kepada pendidik daerah Bera. Syabas kepada anda semua yang telah memikul tanggungjawab yang hebat ini. Cikgu-cikgu boleh klik kat sini untuk kisah selanjutnya untuk dikongsi bersama....

Friday, November 13, 2009

Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-sekolah Rendah Daerah Bera Tahun 2009


Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-sekolah Rendah Daerah Bera Tahun 2009 telah selamat dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh Program: 13 November 2009
Masa: 8.00 Hingga 12.00 Tgh
Tempat: Masjid Darul Fikri Kerayong

Perasmian penutup oleh Ust Che Ab Hamid mewakili Tuan PPD Bera. (Gambar akan saya upload kemudian)

Lokasi imej

Thursday, November 12, 2009

Seminar dan Anugerah Bintang PERPUSPA Negeri Pahang 2009



Anugerah NILAM:

1. SK Kuala Triang tempat pertama Tokoh Nilam Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri Pahang
2. SK Kuala Triang tempat pertama Tokoh NILAM Sekolah Rendah Keselurahan Negeri Pahang
3. SMK Seri Bera tempat kedua dan ketiga
Tokoh Nilam Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Pahang

Anugerah Bintang PERPUSPA:

1. SMK Seri Bera tempat ketiga Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Pahang

Keputusan penuh dan gambar saya akan update kemudian bila bahan telah diperolehi. PKG Daerah Bera mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga penddikan daerah Bera kerana telah sederap menunjukkan peranan secara koloboratif menjayakan "BERA TOP FOUR", khasnya kepada semua warga sekolah berkenaan.... paling khas sekali kepada GPMlah....Cikgu Johana (SK Kuala Triang) dan Cikgu Sanariah (SMK Seri Bera). Kepada GPM SK Tementi (Wakil PERPUSPA), SK Kemayan (Wakil NILAM) dan SK Kumai (Wakil NILAM),

Wednesday, November 11, 2009

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU‏


Dipanjangkan semoga mendapat keberkatan bersama….
RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU
Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur:

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Baca seterusnya dari sumber ambilan: http://nuursyifa.blogspot.com/2009/11/rahsia-solat-awal-waktu.html
L0laksi imej

Sunday, November 8, 2009

Menjengah Tasik Bera

Indahnya Tasik Bera


Pesona Lake Bera Resort.... adakah mempesonakan..... Lihat di sini

Memancing di Tasik Bera atau hanya bersantai menaiki bot. Selanjutnya di
sini

Friday, November 6, 2009

PKG Triang diserbu


PKG Triang diserbu oleh murid-murid SK Durian Tawar tahap dua kerana mencari maklumat di PKG sebagai aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia (04.11.2009)