PENGUMUMAN

Sekolah-sekolah kelompok PKG Triang mencapai 100% status pengisian terkini iQ-PSS... tahniah kepada semua GPM

Tuesday, October 20, 2009

Berita Sekolah Daerah Bera

Jika ada sebarang berita dari sekolah cikgu, sila email ke PKG Triang bahan berita dengan gambarnya sekali. Saya akan postkan ke blog ini.... untuk tatapan seluruh dunia.. he he heh

Monday, October 19, 2009

Sumber Rujukan Pengurusan PSS dan NILAM


Cikgu boleh klik kat sini, mudah-mudahan ada manfaatnya: http://pusatsumbersmkpulaugaya.wordpress.com/

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Daerah Bera


Majlis tersebut akan di adakan pada 4 Nov 2009, di Dewan PPD Bera, mula jam 2.00 ptg. Majlis akan dirasmikan oleh YH Dato' Pengarah JPN Pahang.Pakai Batik Malaysia, jumlah penerima anugerah 130 orang. Cikgu yang bertuah ini, digalakkan hadir tepat masa mengikut aturcara seperti surat jemputan, supaya tidak tergangu acara kerana masa terhad.

Parking - cadangan awal di padang SK Kerayong.

Tahniah kepada cikgu-cikgu yang menerima anugerah.

Sijil Anugerah NILAM


Harap semua Guru Perpustakaan dan Media (GPM) daerah Bera mengambil tindakan segera atas permintaan PPD Bera, menyenaraikan jumlah pelajar yang sepatutnya mendapat anugerah gangsa, perak dan emas dan maklumkan kepada PKG kelompok sekolah cikgu...

Pihak PPD dengan kerjasama PKG akan mengeluarkan sijil berkenaan untuk disampaikan kepada pelajar berkenaan dari sekolah cikgu semasa pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia pada 30 Okt 2009 di sekolah masing-masing.

GPM boleh maklumkan kepada PKG melalui

Tel: 09-2462420 (PKG Bera); 09-2446248 (PKG Triang)
Fax: 09-2462954(PKG Bera); 2446500 (PKG Triang)
Email: pkg_bera@yahoo.com; pkg_triang@yahoo.com

Sekolah juga boleh mengeluarkan sijil anugerah kpd pelajar dan boleh menghubungi PKG untuk mendapatkan format sijil berkenaan.....

Friday, October 16, 2009

Siapa Kenal Sdr. Zaimi Mohd Noor

Petikan daripada ruang komen....

Salam..
Sebut saja Triang, saya terkenang dgn seorang sahabat lama yg terputus hubungan..
Dulu, beliau mengajar di daerah ini.
Saya tak pasti sama ada beliau masih di daerah tuan..
Sahabat yg dimaksudkan- sdra Zaimi Mohd Noor (Reza Aimy MN). Jika tuan kenal dgn beliau, harap dpt nyatakan maklumatnya di sini nanti (dalam ruang komen ini). Saya akan cuba menjenguk sekali sekal. Terima kasih. Wassalam. [drpd Chulan, Selangor]

Sesiapa yang mengenali insan yang dimaksukkan atau yang empunya diri terbaca maklumat ini, harap dapat menghubungi PKG Triang... dan Sdr Chulan juga harap dapat memberi maklumat yang lengkap untuk dihbungi sekiranya sahabat beliau ditemui..

Mesyuarat JK Pelaksanaan Program Gerakan Tabiat Membaca KPM 2009

Satu mesyuarat akan diadakan bagi menjayakan Program Gerakan Tabiat Membaca KPM 2009 daerah Bera pada 20 Okt 2009 (Selasa), jam 2.30 ptg di PPD Bera. Mesyuarat tersebut akan disertai oleh semua Guru Besar dan Pengetua sekolah-sekolah daerah Bera.

Taklimat pelaksanaan akan disampaikan oleh En. Mohd Sabri Yasin bagi menyelaraskan program peringkat daerah dan kaedah menyediakan pelaporan.

"BERA TOP FOUR"

Thursday, October 15, 2009

Praktikal Sebenar FT - Membuat Networking di SMK Bera


Pada 19 Okt 2009 semua 10 FT sekolah-sekolah daerah Bera dan 2 FT PKG akan menjalani praktikal sebenar iaitu membuat 'networking' di SMK Bera, Bandar 32. Pihak sekolah telah menyediakan semua peralatan dan pembinaan rangkaian akan diselia oleh En. Hisamuddin (PTP PKG Bera)

Diharapkan peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh para FT tersebut untk menimba pengalaman dan menambah kemahiran mereka. Dengan pengalaman yang diperolehi bolehlah mereka mebina networking di sekolah masing-masing, tapi pihak sekolah kenalah sediakan peralatanyang bersesuaian. Semoga FT daerah Bera dapat membina satu team yang boleh menjana kemajuan ICT di daerah ini.

Wednesday, October 14, 2009

Program Gerakan Tabiat Membaca KPM 2009


Berikut ialah petikan kandungan memo dalaman yang diharap dapat menerangkan maksud di atas:

Kepada: Semua KPP BTPN
Daripada: Pengarah BTP, KPM.

Adalah dimaklumkan bahawa Program Gerakan Galakan Membaca merupakan salah satu aktiviti utama KPM yang diurusetia oleh BTP. Program ini bertujuan membinqa tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.

Salah satu aktiviti yang dicadangkan dlam program ini ialah Kem Membaca 1 Malaysia yang akan dilaksanakan mulai 26 Oktober - 5 November 2009. Majlis Pelancaran Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Sekolah Wawasan, Subang Jaya, Selangor pada 30 Oktober 2009.

Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk melaksankan aktiviti pembacaan bersama-sama Jabatan Pelajaran Negeri bagi menjayakan Kem ini disemua sekolah. Satu laporan mengenai pelaksanaan kem ini perlu disedia dan diserahkan kepada pejabat KPPM untuk dipanjangkan ke pejabat KPPM untuk dipanjangkan ke pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran sebgai salah satu cara untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.-------

Jadi diharapkan sekolah-sekolah dan GPM bersedia awal bagi melaksanakan program ini.... Pihak PPD Bera dan PKG akan segera berbincang bagi melaksanakan program tersebut dengan cadangan aktiviti yang telah dirangka untuk SM dan SR (yang akan dimaklukan kemudian dng kadar segera)... Pelancaran akan dilaksanakan serentak seluruh negara dengan aktiviti yang dicadangkan....

Satu sekolah menengah dan satu sekolah rendah akan dipilih untuk pelancaran peringkat daerah Bera.... Jika ada sekolah yang menerima maklumat ini dan bercadang menawarkan diri diminta menghubungi En. Mohd Sabri Yasin (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Bera) atau PKG

Maklumat lanjut akan dimaklumkan.....

Tuesday, October 13, 2009

Anda perlukan maklumat rawatan ganguan jin?

Jika anda perlukan maklumat mengenai gangguan jin (makhluk halus, sihir, saka dan sebagai) dan rawatan alternatif Islam, sila laman web berikut, mudah-mudahan dapat membantu. Hindari daripada merujuk kepada setengah-setengah bomoh yang mengamalkan syirik untuk menyelesaikan masalah anda...




http://perawat-islam.blogspot.com/

http://tpmlm.blogspot.com/

Lagi Gambar FT


Terpaksa berbengkel di bawah khemah kantin PPD Bera kerana terputus bekalan elektrik. Keadaan dalam bilik mesyuarat tersangatlah panasnya....

Gambar Bengkel Networking FT Daerah Bera

Gambar atas - kiri: En. Mohd Sabri bin Yasin (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Bera), kanan: En. Hisamudin (PTP PKG Bera - Fasilitator)

Friday, October 9, 2009

KANDUNGAN PLUMBUM DI DALAM ASAM MASIN

Forward oleh: PKG Bandar Mentakab -

SILA AMBIL PERHATIAN! URL DI BAWAH INI MENERANGKAN TENTANG KANDUNGAN PLUMBUM DI DALAM ASAM MASIN.so?ape lg? tengok la....

http://politickler. com/?p=4134

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENJELASAN KEPADA KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN KANDUNGAN LOGAM PLUMBUM DALAM BUAH KERING DARI NEGARA ASIA

Berikutan daripada Persidangan Akhbar yang telah diadakan oleh Y.B. Menteri Kesihatan pada 8 Oktober 2009 mengenai kandungan logam plumbum dalam buah kering di Negara Asia, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menjelaskan bahawa pihak U.S. Food and Drug Administration (USFDA) telah menyenaraikan sebanyak 18 produk buah kering (plum kering dan prun kering) yang diimport mengandungi plumbum yang diimport daripada Negara China, Taiwan dan beberapa Negara Asia mengandungi logam plumbum yang melebihi daripada paras yang dibenarkan oleh USFDA.

Senarai 18 produk yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Butir-butirnya boleh dilayari dalam laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my. Senarai ini akan dikemaskinikan bergantung kepada sumber dari pihak USFDA.

Kementerian Kesihatan Malaysia

8 Oktober 2009

Bengkel Networking FT Daerah Bera

14 orang Juruteknik Komputer (FT) akan menghadiri Bengkel Networking Daerah Bera pada 12 Oktober di PPD Bera. Program ini adalah anjuran bersama PPD Bera dan PKG Daerah Bera.

Diminta semua FT membawa komputer riba masing-masing untuk memudahkan menjalani bengkel tersebut.

Pemasangan LAN Sekolah-Sekolah Negeri Pahang


Projek pemasangan Sistem Rangkaian (LAN) melibatkan 50 sekolah di negeri Pahang bagi Fasa I. Hanya dua sekolah di daerah Bera yang terlibat iaitu SMK Bandar Kerayong (PKG Triang) dan SK LKTP Bukit Mendi (PKG Bera). Pemilihan untuk pemasangan LAN ini dilakukan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, bukan BTP, BTPN, PKG atau JPN.

Bagi tujuan ini satu sistem rangkaian internet (LAN) akan disambungkan ke bilik-bilik utama seperti pejabat, bilik guru, PSS dan lain-lain yang difikirkan sesuai (tidak melibatkan makmal komputer).

Pemasangan di Pahang telah mula dilaksanakan dengan SK Teruntum, Kuantan sebagai sekolah pertama. Sekolah-sekolah lain tu, tunggulah giliran. Semua sekolah seluruh Malaysia terlibat mengikut fasa.

Ini hanya maklumat awal dan diharapkan sekolah berkenaan bersedia dari segi fizikal dan mental bagi pemasangan tersebut. Penyelenggaraan ICT menjadi keutamaan di sekolah tersebut supaya pemasangan berjalan lancar. Diharapkan rangkaian ok dan komputer di sekolah pun ok.

Wednesday, October 7, 2009

Hasil Minda Cikgu Bera

sumber: http://sahrunizamat.blogspot.com/

JENDELA SEBUAH KOTA

Dari jendela bas
kutatap jelita pagi
kelam berengsot perlahan
kota ini tak pernah tertidur
apa lagi berdengkur
di lorong-lorong sempit
hari baru telah bermula
biarpun siang belum sempurna.

Azan subuh yang mengajak (ralat: dalam DS ditaip “menganjak”)
menyusup lembut ke kamar hotel
dengan wuduk
kuhamparkan sejadah
ketika tubuhku
merengek manja
menagih rehat sebentar cuma
setelah dilambung
panjang perjalanan.

Di luar sana kukuak kabut
menyusur kaki lima
sekumpulan pengayuh beca
meneka- neka rupiah ke poket
pedagang jalanan
tenang membentang doa
pemilik gerai sorong
menanti perut yang lapar
di dinding lusuh perang pemilu
poster lembut memujuk rakyat
grafiti bertenggek di wajah calon.

Di kamar perdana wisata ini
tivi tak henti menjerit
harga mati untuk sebuah ambalat (ralat: dalam DS ditaip “ambalan”)
cerita luka dari istana seberang
derita siti didera binatang
menjirus minyak emosi
ke dalam amarah api
gundah aku
tanahairku sedang dihakimi
pemilik media yang kaya agenda.

Sahrunizam Abdul Talib,
Hotel Perdana Wisata, Bandung.-10 Jun 2009

(Sumber: Dewan Sastera, Oktober 2009)

Friday, October 2, 2009

Anggota Baru di PKG - FT (juruteknik komputer)


Beliau ialah En. Zulhelmi bin Ahmad Azahari. Mula bertugas pada 29.06.2009.

Alamat: Desa Jelawat, Bandar 32, Bera

Lepasan Institut Latihan Perindustrian, Melaka. Berkebolehan menyelenggara komputer dan "networking".

Jika sekolah memerlukan khidmat beliau untuk mengenalpasti masalah (sebagai meja bantuan tahap 1) sila hubungi PKG Triang untuk maklumat lanjut

Pertukaran En. Hidzir (PTP PKG)

En. Hidzir Mohd Isa PTP PKG Triang telah bertukar ke PKG Bera. Kami pihak PKG Triang dan sekolah ahli mengucap terima kasih kepada En. Hidzir yang telah memberi komitmen yang tinggi bagi memartabatkan PSS Daerah Bera. Kita bernasib baik kerana En. Hidzir merupaka salah seorang JU peringkat negeri yang merupakan satu aset yang penting bagi kemajuan PSS Daerah Bera.

Tahun 2010 kita perlu memperkemaskan Program NILAM di Daerah Bera. Harap semua GPM bersiapa sedia untuk memulakannya dari sekarang...
Kepada sesiapa berminat untuk bersama dengan PKG Triang ... menggantikan kekosongan En. Hidzir boleh mengemukan permohonan kepada saya untuk diangkat ke BTPN Pahang dengan persetujuan PPD Bera terlebih dahulu.... kecuali guru B.I dan Pend. Khas... En. Sabri kata... payah cari ganti...

SPPICT pun dah hijau

Terima kasih kepada cikgu yang telah berusaha hingga semuanya jadi hijau..... Jangan lupa print laporan dan hantar ke PKG Triang dengan kadar yang amat segera.... pastikan maklumat adalah benar... kalau ada perubahan boleh edit semula dan simpan....

Sekali lagi terima kasih kepada cikgu yang berkenaan...

Horey......... semua dah hijau

Alahai.... PKG lain dah lama semua hijau. PKG Triang baru hari ni semua hijau. Maksud saya.. kepada cikgu-cikgu yang belum arif tu.... ialah penarafan PSS (iQ-PSS) yang dilakukan secara online oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM).

Cikgu tahu ker siapa GPM sekolah cikgu... hai berat ni, kalau tak tahu...pada masa yang lain saya akan postkan semua nama GPM sekolah-sekolah daerah Bera...

tapi SSQS dan SSPICT lum lagi.. kepada cikgu yang berkenaan tolonggggggg lah siapkan...

Kseniya Simonova Sandbox Drawing -must watch. ...

Fwd: Fw: Kseniya Simonova Sandbox Drawing -must watch.
...
Thursday, 1 October 2009 6:06:46
From:
wong kwong